Tuesday, November 24, 2009

Aktiviti Hujung Minggu.....

Hobi......Minat.......kalau disebut pasal dua benda ni, aku pun tak tahu nak cakap apa. Maksud kedua - dua perkataan ini, sama ke?? Atau ada persamaan????...Terpulanglah pada masing - masing untuk menilainya. Ehem...mungkin banyak orang tak tahu apa yang aku suka buat sebenarnya. Nak cakap aku ni "sosial" sangat, tak la kot!!! Nak cakap aku ni "baik" sangat, tak juga. Tapi aku ni jenis "hepi go lucky", yang paling penting jangan bikin hati gua panazzz ok???...Hahahaaaa.....siap warning lagi tuh.....

Ok la....berbalik pada cerita asalnyer tadi, aktiviti pada hujung minggu!!! Biasanyer apa yang ko orang suka buat erk??? Aku ni biasanya tak suka jalan - jalan kalau ada masa terluang. Bolehlah dikatakan masa aku ni duduk jer kat dalam bilik aku. "SULUSIGAT DORM"...huahaaaaaa. Tak lain tak bukan aku layan lagu ler....MP3 & radioFm memang jadi peneman la. Sambil - sambil tu layan "laptop"....Faham - faham ler korang yer!!! Boleh pulak tu sampai berjam - jam. Makan minum tak layan dah. Tapi kadang - kadang aku lepak dalam kereta sambil layan lagu. Besa port aku kat Taman Tasik Titiwangsa ler.....Kadang - kadang tu ada gak p jalan - jalan kat shopping kompleks sorang - sorang. Nak hilang bosan.

Em...tapi hujung minggu lepas, satu aktiviti baru yang aku jumper dan aku buat. Enta...tetiba jer nak buat. Hem..mungkin bagi korang besa jer, tapi bagi aku excited sangat. Aku pergi memancing udang. Hahahaaa.....tapi bukan kat sungai atau laut, kat kolam udang area Wangsamaju. Itupun aku ajak la dua tiga orang member aku. Yang sorang ni namanyer "Pian". Budak Sabah....kaki pancing beb. *bukan pancing perempuan punyer la*..heheheeee!! Pian ni memang minat memancing. Kalau hujung minggu atau lepas habis waktu bekerja mesti dia pergi memancing. Kat Port Klang, Sentul, Banting.....rasa semua tempat dia pergi.


Hah....berbalik pada cerita memancing ni pulak. Aku ni memang tak reti nak pegang pancing. Aku suruh la si Pian ajarkan aku macam mana cara nak memancing udang ni. Erm...kolam pancing udang harimau pok!!! Besar juga kolam tu.....tapi udang memang tak nampak ler, sebab air keruh. Umpan masa tu cacing laut @ hati ayam....yang lain tak dibenarkan. Mata kail pun tak boleh yang bercabang....Pian bawa tali dan mata kail sendiri. Jorannyer plak kedai tu dah sediakan dah. Lepas lekatkan umpan kat mata kail, kita orang pun julurkan la joran kat dalam kolam. Rasa tak payah aku nak cerita pasal udang makan umpan....yang aku nak cerita pasal pengalaman tu. Bila mengena jer mata kail tuh....fuh joran mesti kena sentak baru mata kail melekat kat udang tu. Punyer la seronoknyer aku....Pian tu ok jer, relax. Aku yang beriya - iya.....Yer la orang tak pernah memancing,memancing udang galah pulak tu. Tapi kalau makan udang memang aku suka sangat.......Lepas tu pancing lagi. Dan lagi dan lagi dan lagi.......dalam masa memancing tu terfikkir pulak aku, memang sabar la orang yang kaki pancing ni. Diam jer sambil mata memandang pada hujung joran!!! Aku pulak asyik menekan "keypad" hp aku. Huhuhhhhh........Hampir tiga jam kat kolam tu. Aku rasa macam tiga tahun menunggu.....Duduk salah, berdiri letih, nak buka lagu hp "loudspeaker" takut pulak dengan orang yang ada kat situ. Semua diam........aku buat - buat bodoh jer ler. Tapi tiga jam tu aku rasa berlalu lama sekali. tapi hasilnya boleh la tahan. 1.6kg kita orang dapat........Lepas tu kita orang pun pergi la kat kedai makan tom yam dan bawa udang tu sekali untuk dimasak. Udang goreng tepung & tomyam udang.....Fuuhhhh......cukup manis & segar isi udang tu. Heheheheee kepada tukang masak kedai tu, marvelous la masakan U......len kali kita orang datang lagi bawa udang segar....




Hasilnyer..........1.6kg *udang yang dipancing*

*masakan udang goreng tepung & tomyam udang*

video
Hem.....rasa setakat ni la kot aku nak cerita pasal aktiviti hujung minggu aku yang baru. Memancing Udang Harimau. Pengalaman memancing pun ada....pengalaman untuk jadi orang penyabar pun ada.

Sunday, November 22, 2009

Maafkan Aku......

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubangdi tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan muke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.