Tuesday, July 27, 2010

The Most Beautiful...[ IN THE WORLD ]

THE MOST BEAUTIFUL PLANT
It is shaped like a water bubble.. ÓÈÍÇä Çááå

THE MOST BEAUTIFUL WATERFALL
Niagra Falls in U.S. & Canada


THE MOST BEAUTIFUL CITY
Vancouver, Canada


THE MOST BEUTIFUL HOUSE
Situated in Barcelona , Spain
Owned by the famous footballer, Ronaldhino



THE MOST BEAUTIFUL GIRL
Held in France and her nama is Fatima from Morrocco



THE MOST BEAUTIFUL EYE
from Afghanisthan


THE MOST BEAUTIFUL BRIDGE







Friday, July 23, 2010

Perlukah Insurans Selam Skuba??

PERTANYAAN ini sering diutarakan oleh penyelam skuba baru ekoran menyedari hobi yang mereka ceburi itu mempunyai bahayanya sendiri. Bukan bermakna ia merbahaya, namun adalah lebih baik menyediakan 'payung sebelum hujan'.

Tidak semua menyedari hakikat selam skuba sebenarnya adalah aktiviti yang merbahaya jika tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Setiap kali memulakan selaman, pelbagai prosedur awal perlu dilakukan. Semua ini diajar ketika dalam kursus dan juga penambahan pengetahuan melalui pembacaan.

Ini berikutan selam skuba merupakan hobi unik yang memerlukan penyelam menggunakan unit pernafasan individu atau Scuba ketika menyelam untuk membolehkan mereka berada di alam marin.

Unit Scuba itu antaranya mengandungi tangki gas yang diisi udara mampat iaitu 21 peratus oksigen, 78 peratus nitrogen dan satu peratus lain-lain gas. Disebabkan penyelam skuba akan bernafas di persekitaran yang mempunyai tekanan lebih tinggi daripada di darat dengan gas nitrogen mengandungi peratusan paling banyak, mereka terdedah kepada bahaya penyakit penyahmampatan atau decompression sickness (DCS). Tekanan tinggi itu menyebabkan gas nitrogen larut dalam tisu tubuh dan darah penyelam dan lebih banyak akan terlarut jika mereka berada lebih dalam dan lebih lama.

Di sini sahaja sudah mempunyai bahayanya jika penyelam skuba tidak mengawasi kedalaman dan juga tempoh masa. Keadaan akan lebih buruk jika penyelam itu naik ke permukaan dengan kadar terlalu cepat yang mengakibatkan buih gas nitrogen itu semakin bertambah dan mengembang dalam tisu dan darah. Ia sedikit sebanyak akan menghalang bekalan oksigen dihantar ke seluruh tubuh yang sekali gus menyebabkan kerosakan pelbagai tisu tubuh termasuklah saraf tunjang, salur darah, sakit sendi dan abdomen. Malah jika terlalu buruk, ia boleh mengakibatkan penyelam mengalami kelumpuhan, pengsan, kebas, sawan dan sakit sendi dan ini dikategorikan sebagai penyakit penyahmampatan tahap dua (DCI). Jika tidak segera diubati, ia bakal menyebabkan kecacatan kekal kepada penyelam skuba dan lebih buruk kematian!

Selain DCS, terpegang binatang marin merbahaya juga mempunyai risikonya yang tersendiri. Batu karang dan binatang berbahaya memang banyak terdapat di dasar lautan dan jika ini terjadi, bantuan perubatan pantas amat diperlukan. Ketika kejadian ini berlaku, penyelam skuba perlu sampai ke hospital terdekat dengan kadar segera. Ini bagi mengelakkan DCS itu bertambah buruk selain mengurangkan risiko kematian. Bayangkan jika penyelam skuba itu sedang melakukan aktiviti di Pulau Sipadan, Sabah.

Jika dahulu, resort Borneo Divers menyediakan rawatan terapi oksigen kebuk hiperbarik (HBOT) bagi memberi bantuan kecemasan jika terkena DCS namun selepas semua resort diarahkan keluar, kemudahan HBOT paling hampir dengan Pulau Sipadan hanyalah di Labuan.
Jadi bagaimana untuk menghantar penyelam yang terkena DCS itu ke sana? Dua pilihan, menaiki helikopter atau menaiki bot dan kereta. Jika anda mana satu yang akan dipilih?

Pastinya helikopter kerana ia lebih cepat untuk sampai ke destinasi namun menggunakan perkhidmatan ini anda terpaksa pula membayar harga yang tinggi. Itu baru kos penghantaran ke pusat perubatan belum lagi kos untuk merawat DCS atau terkena sengatan hidupan marin merbahaya.

Secara kasar, jika menggunakan perkhidmatan helikopter ke pusat perubatan, anda perlu membelanjakan kos yang tinggi sekitar RM100,000 lebih termasuk rawatan susulan HBOT dan ini pastinya menyukarkan bagi yang tidak mampu. Lebih memburukkan keadaan, tidak ada sebarang agensi insurans biasa menawarkan perlindungan kepada sebarang aktiviti selam skuba yang pernah dikategorikan sebagai aktiviti ekstrem dan merbahaya.

Apa pun jangan khuatir, Divers Alert Network rantau Asia Pasifik (DAN) menyediakan kemudahan perlindungan khusus untuk penyelam skuba yang menawarkan perlindungan sehingga US$250,000 (RM805,500.03) untuk rawatan HBOT. Malah, DAN turut melindungi penyelam skuba daripada sebarang kemalangan bukan selaman, pembatalan percutian selam skuba, gangguan percutian selam skuba, kehilangan perlatan selam skuba, kematian dan kecacatan akibat selam skuba.

Menariknya, perlindungan aktiviti selam skuba melalui DAN ini hanya memerlukan penyelam membayar sekitar RM700 setahun (hanya RM80 sebulan) dan penyelam skuba akan dilindungi daripada sebarang kemalangan selam skuba. Selain itu DAN turut menawarkan faedah percutian dan peralatan selam skuba dengan harga menarik kepada ahlinya.

Sebarang maklumat lanjut dan permohonan yang akan diproses dalam tempoh 24 jam sila layari www.divetenggara.my/dan.html atau e-mel info@divetengara.com.

Thursday, July 22, 2010

Kakitangan Awam Perlu Faham Kepentingan Inovasi

ADA sebab kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kakitangan awam perlu faham kepentingan inovasi. Kenyataan beliau mendapat liputan utama akhbar-akhbar tempatan semalam. Beliau menegaskan bahawa sektor awam tidak boleh mempunyai Napoleon Kecil yang tidak memahami inovasi.

Dalam sejarah Perancis, Napoleon terkenal sebagai pakar strategi perang sehingga berjaya menakluk banyak negara. Namun, keegoan dan nafsu untuk menjadi 'orang besar' menyebabkan Perancis dan negara-negara yang ditakluknya musnah.

Mengekang ego dan nafsu segelintir kakitangan awam yang 'gila kuasa' sehingga gagal memahami kepentingan inovasi dalam sektor awam adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian serius.

Ia tidak boleh dipandang ringan dan segala perlakuan ke arah itu perlu dibanteras sejak dari awal lagi agar tidak menjadi barah, apatah lagi jika ia melibatkan soal kepentingan rakyat. Orang yang 'gila kuasa' banyak menjadi penyebab keruntuhan kepercayaan, kecemerlangan dan kejayaan yang telah dicapai.

Dalam suasana politik dan ekonomi sekarang, tentulah setiap kakitangan awam di semua peringkat termasuk pembuat dasar perlu mahir dalam menguasai inovasi. Percayalah, tanpa inovasi tidak akan ada sesuatu yang baru dapat dicipta. Proses mencipta memerlukan kreativiti dan dengan itu, setiap individu dalam sektor awam perlu menjadi seorang yang berinovasi dalam menggerakkan setiap unit atau jabatan masing-masing.

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa soal inovasi dibangkitkan sekarang? Jika kita menyelak lembaran Kamus Dewan, perkataan inovasi merujuk kepada sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain. Elemen penting yang dikaitkan dengan inovasi adalah kreativiti.

Justeru, memang tepat masanya Najib membangkitkan perkara itu sekarang kerana ia menunjukkan betapa seriusnya kerajaan mahu setiap rakyat meningkatkan kreativiti dalam membantu negara memacu ekonomi menuju sebuah negara berpendapatan tinggi.
Kenapa ia penting? Ia kerana tanpa inovasi maka kaedah, cara dan amalan yang ada dalam sektor awam sekarang akan kekal tanpa sebarang kemajuan.
Tidak ada kemajuan bermakna tidak akan ada sesuatu yang baru untuk dicipta dan dibanggakan. Sedangkan reka cipta terbaru dalam apa sahaja bidang amat diperlukan bagi membantu negara mencapai status negara maju.

Misalnya kakitangan sektor awam di jabatan pertanian perlu sentiasa berfikir dan kreatif dalam melahirkan teknologi terbaru untuk memudahkan pekerjaan dalam sektor pertanian sekali gus mencipta sesuatu yang baru yang dapat menjana ekonomi petani dengan lebih baik.
Begitu juga, para pegawai di sektor perikanan atau industri perlu sentiasa berusaha untuk mewujudkan sesuatu yang baru demi membangunkan sektor masing-masing dengan reka cipta teknologi terkini.

Hasil reka cipta itu bukan setakat membantu para pekerja dan golongan yang terlibat di dalam sektor berkenaan, malah dapat menjana ekonomi negara yang lebih kukuh.
Namun begitu, tiada maknanya juga jika sektor awam begitu berinovasi tetapi dalam waktu yang sama, para pegawainya memiliki sifat-sifat Napoleon Kecil.

Dengan memiliki sifat sebegitu, maka segala kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai menerusi inovasi akan hancur berkecai bak kaca terhempas ke lantai. Kesannya amat negatif terhadap imej sektor awam itu sendiri. Ini kerana sifat-sifat yang dimiliki oleh Napoleon Kecil akan menyebabkan semua peraturan yang menyokong persekitaran sektor awam termasuk inovasi akan runtuh menyembah bumi.

Sia-sia sahaja segala usaha yang dilakukan. Justeru, setiap kakitangan kerajaan perlu meningkatkan kefahaman terhadap inovasi bagi mewujudkan kerangka kerja, peraturan dan dasar yang dapat menyokong inovasi dan tidak membantut perkembangannya. Lakukan sekarang!

Pendidikan Alternatif Di Britian.

Oleh MOHD. MAHZAN AWANG

DALAM beberapa aspek, sistem pendidikan di Britain menjadi rujukan banyak negara, termasuk Malaysia. Britain yang dianggotai empat wilayah utama iaitu England, Scotland, Wales dan Ireland Utara mempunyai kelainan dalam polisi serta sistem pendidikan.

Umpamanya, polisi dan amalan pendidikan di rumah (home education) berbeza di wilayah tersebut. Pendidikan di rumah merujuk kepada kanak-kanak yang tidak mengikuti sekolah biasa. Menurut undang-undang di England, pendidikan adalah wajib tetapi bukannya persekolahan. Undang-undang itu memisahkan konsep pendidikan dan persekolahan. Justeru, 'persekolahan di rumah' mula mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa. Ia kini menjadi pendidikan alternatif di Britain.

Dianggarkan sekitar 20,000 kanak-kanak di Wales dan England mengikuti pendidikan cara ini dan dijangka melonjak sehingga angka 40,000 pada masa depan. Di dua wilayah itu, ibu bapa tidak perlu mendapatkan kelulusan untuk mengamalkan pendidikan cara tersebut.

Di Scotland, amalannya agak berbeza kerana hanya pelajar yang telah mengikuti sekolah awam saja boleh mengikuti sekolah di rumah. Ibu bapa di Scotland yang memilih kaedah itu perlu memohon untuk mengeluarkan anak mereka dari sekolah awam terlebih dahulu.

Di England, pihak berkuasa tempatan juga tidak mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal serta memantau pendidikan di rumah. Keadaan yang hampir sama berlaku di Scotland, tetapi undang-undang di Scotland membenarkan pihak berkuasa pendidikan tempatan untuk mengeluarkan notis kepada ibu bapa jika timbul kekeliruan dalam soal berkaitan dengan kebajikan kanak-kanak.

Pemantauan oleh pihak berkuasa tempatan hanya dilakukan secara sederhana. Malah, pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai hak automatik untuk mengadakan mesyuarat dengan ibu bapa yang memilih konsep itu untuk pendidikan anak-anak mereka.

Ini kerana ibu bapa diberikan kebebasan untuk mendidik anak-anak tanpa terikat kepada mana-mana kurikulum. Ibu bapa juga tidak perlu mempunyai sijil dan tauliah untuk mendidik anak-anak mereka. Pengisian pendidikan di rumah adalah berbeza, namun wujud kecenderungan ibu bapa untuk memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Justeru, terdapat juga sekolah di rumah yang diusahakan oleh tutor-tutor tertentu dengan sokongan komuniti setempat.

Di Amerika Syarikat, konsep ini turut diamalkan tetapi ia berbeza mengikut negeri. Namun, konsep ini ditolak di Jerman kerana bertentangan dengan undang-undang negara tersebut.
Biarpun para pelajar yang ingin mengambil peperiksaan kebangsaan boleh mendaftarkan diri sebagai pelajar persendirian, namun ia memberi masalah kepada pelajar. Ini kerana kebanyakan sekolah kerajaan tidak sanggup menerima pelajar persendirian.

Bagi pelajar yang tidak menduduki peperiksaan kebangsaan, cabaran lain yang ditempuhi adalah kesukaran untuk melanjutkan pengajian. Mereka akan ditemu duga dan ada juga terpaksa menduduki ujian celik huruf (literacy) dan celik angka (numeracy).

Keterbukaan konsep pendidikan di Britain memberitahu kita bahawa pendidikan adalah usaha holistik yang mempunyai pelbagai dimensi. Di samping ilmu dan kemahiran, adalah penting ditekankan usaha-usaha melahirkan insan berakhlak mulia.

PELAJAR ijazah doktor falsafah

Universiti Dundee, United Kingdom

Sunday, July 18, 2010

Pujaan Hati

video

Aku memang minat sangat dengan lagu ni...lirik & senikata terlalu sentimental. Lagipun jika didengar, terasa jiwa ini tenang...luv it!!!

Friday, July 9, 2010

Utusan Malaysia Online - Rencana

RMK-10: Membangun modal insan cemerlang


SEPULUH idea utama telah dirangka dalam Strategi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), untuk memacu pembangunan negara mencapai Wawasan 2020. Salah satu daripada idea tersebut yang diberi tumpuan ialah memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang.


Modal insan cemerlang dalam konteks pengurusan organisasi Islam merujuk kepada pembangunan diri pekerja dalam menyemai nilai dan ciri-ciri yang baik dari segi akhlak, etika, perwatakan, pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Ia penting sebagai tenaga penggerak organisasi ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi.


Sehubungan itu, pelaburan dalam modal insan perlu diberi keutamaan organisasi dalam membentuk pekerja yang mempunyai nilai yang boleh diteladani. Melalui kerangka modal insan, ia harus dijana dengan baik sejak peringkat awal lagi kerana di tangan mereka inilah setiap langkah dan hala tuju digagaskan dan perancangan dilaksanakan.
Berasaskan kepentingan modal insan ini, maka Islam memberikan penekanan yang lebih utama berbanding dengan pembangunan dari aspek fizikal.
Alasan ini begitu jelas, bahawa insan yang terbina akal, minda dan jiwanya akan membina pembangunan fizikal yang menepati kehendak syariat-Nya. Apabila pembinaan sahsiah insan tersebut dibangunkan mengikut syariat-Nya, maka segala tindak-tanduknya tidak sesekali melanggar perintah Allah SWT.


Di situ akan lahirlah insan yang bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas yang penting dalam organisasi. Individu yang bertanggungjawab dan amanah seringkali dikaitkan dengan definisi al-Quran sebagai mereka yang mempunyai akal fikiran yang sempurna (ulul al-Bab) iaitu seseorang yang mengerti nilai kehidupan dan memeliharanya dengan sempurna baik dalam diri, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.


Begitu juga dengan pandangan Ibnu Khaldun yang turut menegaskan bahawa pembinaan sesebuah tamadun amat bergantung kepada manusia sebagai aset terpenting kerana mereka mempunyai kemampuan berfikir, menentu, memilih dan mempelajari sesuatu untuk tujuan hidup yang bertamadun.
Justeru, menyedari diri pekerja sebagai aset dan tenaga penggerak utama organisasi maka mereka perlu menggalas amanah serta tanggungjawab untuk melaksanakan tugas dengan penuh iltizam, minat dan kesungguhan, mengutamakan kepentingan majikan serta organisasi berbanding dengan kepentingan diri, sentiasa berusaha memastikan majikan dan organisasi tempat bekerja mencapai matlamat yang disasarkan dengan jayanya.
Islam menentang keras budaya malas, ponteng kerja, cuai dan juga sikap sambil lewa dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sikap ini akan menyebabkan sesebuah organisasi gagal dan mundur.


Oleh itu, beberapa langkah dalam memberi nilai tambah dari segi peningkatan ilmu pengetahuan, memotivasikan pekerja, melihat contoh dan teladan yang baik, di samping semangat dan roh pekerjaan sebagai satu ibadat perlu dijadikan misi dalam menjayakan modal insan terbaik dalam RMK-10.
Memandangkan kepentingan ilmu pengetahuan sebagai asas nilai tambah dalam pembangunan insan dalam diri pekerja, maka di sini peranan majikan amat penting untuk memupuk, memberi semangat dan dorongan kepada pekerja untuk terus menimba ilmu bagi melahirkan individu yang berjaya, di samping dapat bertindak sebagai pekerja yang beradab dan berdisiplin dalam organisasi masing-masing.


Dalam Laporan Model Baru Ekonomi (MBE), menyatakan pada tahun 2007, hanya 80 peratus daripada tenaga kerja Malaysia mendapat pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menyedari hal ini, majikan perlu menggalakkan tenaga kerja untuk terus meningkatkan kelayakan dan keupayaan ke tahap yang lebih tinggi melalui pelbagai program dan latihan kemahiran.


Sebagai contoh, Bank Negara Malaysia begitu komited dalam menggalakkan pembangunan para pekerjanya. Melalui institusi sokongan seperti IBFIM dan INCEIF, tumpuan latihan, pendidikan dan penyelidikan diberi kepada pekerjanya untuk terus meningkatkan pengetahuan dan juga kemahiran.
Dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki kelak, pekerja akan dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan bersedia menyahut cabaran besar tanpa rasa gentar.
Selain itu, melalui seminar, ceramah, kursus, bengkel dan juga pelbagai bentuk latihan yang diusahakan oleh majikan kepada golongan pekerja, secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan di samping berupaya mengesan kelemahan, mengenal pasti masalah serta mencari penyelesaiannya dengan penuh bijaksana.
Tanpa pengayaan ilmu, proses untuk pembangunan insan dan kemajuan negara amat sukar untuk dicapai, malah akan memberi kesan terhadap perancangan pembangunan negara yang telah disusun.


Sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud; "... Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan".


Menyedari hal ini dalam meningkatkan modal insan di kalangan pekerja, maka inisiatif yang ditawarkan oleh mana-mana organisasi untuk meningkatkan ilmu pengetahuan perlulah direbut oleh pekerja.


Namun, perlu diingat apabila pekerja tersebut dapat menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) misalnya, pembahagian masa antara tugas di pejabat dan masa mengulangkaji perlu diselaraskan dengan baik agar tugasan yang diberikan tidak menjejaskan prestasi organisasi.
Dengan langkah-langkah dan usaha yang diambil oleh organisasi, moga-moga dapat mengilap kepakaran yang ada, dapat meningkatkan pembinaan jati diri modal insan di kalangan pekerja dan dapat mencegah aliran keluar golongan bijaksana (International Brain Drain).
Justeru, menjadi harapan organisasi agar pengurusan pembangunan modal insan dapat digilap kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan organisasi terus berdaya saing dan dapat mentransformasikan negara mencapai status berpendapatan tinggi.


Penulis ialah Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Agih secara adil – Tun M

KUALA LUMPUR 8 Julai – Pembahagian kekayaan negara tidak boleh dibuat secara sama rata untuk semua tetapi perlu dilakukan secara adil mengikut tahap sosioekonomi sesuatu kaum.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jika kekayaan negara dibahagikan secara sama rata tanpa mengikut latar belakang sosioekonomi, mereka yang ketinggalan tidak mungkin dapat mengejar golongan yang berada di hadapan.

Menurutnya, tujuan utama pembahagian secara adil adalah supaya pendapatan rakyat daripada setiap kaum disamakan dan jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin tidak begitu ketara.
“Permintaan supaya tumpuan lebih diberikan kepada golongan bumiputera bukanlah satu perjuangan bersifat rasis tetapi bagi mencapai pembahagian kekayaan negara secara adil.
“Malangnya, kumpulan bumiputera paling ramai ketinggalan berbanding kaum lain, sebab itu tumpuan lebih perlu diberikan kepada mereka,” katanya pada Forum Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) Kita, Siri Ketiga: Kepentingan Bumiputera Dalam RMK-10 yang disiarkan oleh RTM di sini, malam ini.

Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali serta kira-kira 500 penonton pelbagai kaum.
Pada penghujung forum tersebut, Dr. Mahathir turut dikejutkan dengan acara memotong pulut kuning sempena hari lahirnya ke-85.

Dr. Mahathir menegaskan, tidak elok jika permintaan bumiputera untuk mendapatkan cuma 30 peratus kekayaan negara dipersoalkan oleh mana-mana pihak memandangkan kaum tersebut mewakili kira-kira 60 peratus populasi rakyat Malaysia.

Usain Bolt wins 200 meter sprint

Go Jamaica Go.....

Veronica Campbell-Brown

Queen of sprint.....nice run!!!!

Veronica Campbell Brown wins 200m at the Adidas Grand Prix 2010

Teringat masa sekolah dulu.....inilah acara kegemarana aku!!!