Friday, February 11, 2011

Antara Kerjaya, Cita - Cita & Cinta...

Sehingga artikel ini ditulis, sedar tak sedar sudah 42 hari kita berada dalam tahun 2011. Dalam tempoh tersebut juga, telah banyak perkara yang aku lalui. Tidak aku nafikan, selama itulah aku bergelut dengan titik keringat aku sendiri. Selama itu jugalah aku masih tercari IDENTITI aku sendiri. Siapakah aku yang sebenarnya? Persoalan itu biarlah aku sendiri yang akan mengetahuinya. Entah sampai bilapun aku tak pasti. Tapi yang pasti, aku adalah aku.

Namun apa yang aku dapat rasakan pada diri aku ini, adalah suatu perubahan yang aku sendiri tidak sedar apakah perubahan itu. Tapi yang pasti adalah diantara kerjaya dan cita - cita aku. Aku akui bahawa aku ingin terus bangkit dari suatu titik KECUNDANG. Ya....KECUNDANG. Tapi aku yakin pada diri aku sendiri bahawa itu hanyalah suatu TAMPARAN dalam kamus hidup aku. Aku tahu bahawa perasaan itu memang menyakitkan. Sakit!!!!!! Dalam pengertian aku, SAKIT itu akan terubat bila aku berasa PENAT.

Aku punya kerjaya. kerjaya yang mana aku sendiri tidak terfikir untuk mendapatkannya. Tapi mungkin sudah tersurat perjalanan aku begini. Aku terima dengan hati yang terbuka. Tidak pernah aku sesalinya. Malah aku berasa beruntung kerana aku punya kerjaya ini. Dengan rezeki kerjaya inilah aku mula menapak dan nekad untuk memajukan diri aku. hanya satu cara sahaja, aku perlu maju selangkah dalam pelajaran aku sendiri. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Aku tidak pernah mengeluh dan aku tidak pernah menyesal dengan cara ini. Aku sendiri yang memilihnya, dan akhirnya aku sendiri yang merasa puas. Tapi aku juga punya cita - cita. Cita -cita yang pendamkan dalam sanubariku.

Antara Kerjaya dan Cita - Cita, aku tidak akan lupa pada CINTA. Cinta ini banyak pengertiannya. Tidak terungkap oleh kata - kata, dan tak terolah kiasan bahasanya.....cinta oh cinta!!! Biarlah rahsia....