Tuesday, November 29, 2011

Batu Loncatan - Suatu Pengetahuan!!

Lama rasanya aku tidak menulis di blog ini. Hari ini aku telah terpanggil untuk menulis sesuatu, yang mana itu adalah pengalaman aku sendiri dalam dunia pekerjaan. Ini bukanlah suatu konflik dalam organisasi, tapi ini adalah konflik yang berlaku dalam diri aku sendiri.


Aku bukanlah seorang yang pandai @ cerdik dalam bidang pelajaran. Tapi aku rasakan bahawa aku adalah seorang yang ingin mencuba sesuatu yang mana akan membuahkan hasil untuk diri aku sendiri. Ye.. memang aku akui sehingga catatan ini ditulis aku adalah seorang siswazah yang telah memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (Dengan Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia. Selama 3 tahun setengah aku mengaji, aku telah banyak korbankan masa aku antara kerjaya dan pelajaran. Itu adalah usaha aku sendiri, kerana aku nekad untuk melanjutkan pelajaran setelah dapat mencari rezeki sendiri.


Berbalik kita pada tajuk asal, Batu Loncatan - Suatu Pengetahuan. Itu adalah istilah yang aku berikan kepada daya usaha aku sendiri. Ye.. setiap orang memang mengharapkan agar daya usaha masing - masing akan dapat digunakan untuk menjadi batu loncatan dalam mengejar kerjaya masing - masing. Tidak kiralah untuk mengejar pangkat, mengejar nama dan sebagainya. Aku sendiri akui, memang aku mengharapkan agar kelayakkan aku ini dapat aku gunakan sebagai batu loncatan dalam kerjaya aku. itu adalah rahsia aku sendiri. Tetapi apa yang hendak aku ceritakan disini adalah mengenai pengalaman aku semasa menghadiri temuduga untuk kenaikkan pangkat dalam organisasi.


Pada bulan Oktober 2010, aku telah menghadiri temuduga untuk kenaikkan pangkat KPSL (Kenaikkan Pangkat Secara Lantikan). Memang diketahui umum, pada masa itu KPSl adalah dipilih dari kalangan calon - calon yang mempunyai kelayakkan Ijazah atau Ijazah Sarjana Muda. Aku adalah salah seorang calonnya. Aku kecundang akhirnya. Tapi apa yang aku hendak nasihatkan disini, adalah penting untuk kita mengetahui apakah bidang yang kita pelajari semasa di Kolej atau Universiti kerana itu adalah bidang kita. Perkara itulah yang akan ditanya semasa ditemuduga. Selain daripada itu, kemahiran kita berkomunikasi juga akan dinilai. Tidak lupa juga akan pengetahuan am kita.


Pada bulan yang sama tahun 2011, saya sekali lagi telah menghadiri temuduga untuk kenaikkan pangkat. Jawatan ini boleh dianggap jawatan rendah tetapi ianya adalah lebih tinggi dari jawatan aku sekarang ini. Kelayakkan yang diperlukan adalah amat mudah, telah disahkan dalam jawatan, lulus kesemua Undang Undang Rendah Jabatan dan bebas dari tindakan tatatertib pasukan. Kelayakkan akademik tidaklah menjadi taruhan. Tetapi bagi mana - mana calon yang memiliki kelayakkan akademik yang tertinggi adalah dikira Batu Loncatan. Persiapan awal beberapa hari sebelum sessi temuduga itu, aku telah membuat pelbagai persiapan. Aku telah mengulangkaji Undang Undang (Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Polis & Perintah Tetap Ketua Polis Negara). Disamping itu juga aku telah cuba untuk menguasai beberapa amalan yang telah diterapkan dalam pasukan. Pengetahuan tentang perlaksaan tugas atau lebih kepada penugasan individu adalah menjadi keutamaan. Bila tiba hari yang dinanti, aku telah bersiap sedia. Terasa penuh ilmu di dada. Tapi apa yang memeranjatkan aku adalah, semasa aku berada bersama ketiga - tiga panel penemuduga, aku telah diberitahu bahawa "sebagai seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda, kamu hendaklah menjawab kesemua soalan mengikut kelayakkan kamu dan bukannya secara ringkasan". Aku memang faham maksud pengerusi tersebut, tetapi jika kita berfikir secara logiknya, jika aku yang mempunyai kelayakkan akademik melebihi had yang dikehendaki, kenapa perlu aku bersaing dengan rakan - rakan lain yang mempunyai taraf pendidikan yang lebih rendah daripada aku?? Kenapa tidak aku dan rakan yang mempunyai taraf pendidikan yang sama bersaing sesama sendiri dan mengenepikan mereka yang lain?? Tapi sebagai orang yang berfikiran positif, aku tidak boleh memandang dari sudut itu sahaja. Aku akur akan permintaan pengerusi tersebut. Aku telah diminta untuk memperkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris tentang diri aku, dan aku telah diajukan 10 soalan kesemuanya. 2 daripadanya adalah mengenai pengetahuan am iaitu Apakah yang Faham Mengenai Blue Ocean Strategy dan Huraikan, dan kedua Apakah Yang Anda Tahu Mengenai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Huraikan. Satu soalan adalah daripada bdang pengkhususan aku semasa di Universiti, Apakah Jenis - Jenis Perundangan Yang Diguna Pakai Dalam Mentadbir Sesebuah Negara??.. 7 soalan yang lain adalah berkaitan dengan tugas.


Setelah keluar dari dewan temuduga, barulah aku sedar bahawa kelayakkan akademik yang kita miliki bukanlah sekadar Sehelai Kertas Penganugerahan Ijazah semata - mata. Tetapi ianya adalah mencerminkan siapa diri anda sebenarnya di kalangan pekerja yang lain. Kita tidak perlu merasa bangga, malah sentiasalah bersikap merendah diri, kerana melalui kedua - dua pengalaman tersebut, aku boleh membuat kesimpulan bahawa kelayakkan akademik yang kita miliki akan membolahkan panel penemuduga mengenali kita sebagai seorang calon yang lain dari yang lain, tidak mengira pada kedudukan manakah jawatan itu berada.


Akhir sekali, aku berharap agar kepada rakan - rakan yang diluar sana, sama - samalah kita memajukan diri kita.... Salam!!!!!

Saturday, November 5, 2011

Latihan Menembak - Lapang Sasar IPD Bentong, Pahang

Pada 13 Oktober 2011 yang lepas, aku sekali lagi telah menghadiri Latihan Menembak M-16, HK MP-5 & Pistol Revolver .38. Latihan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran di dalam penggunaan dan pengendalian senjatapi di kalangan anggota / pegawai polis semasa menjalankan tugas di luar / operasi.









* sebelum memulakan acara menembak tu, sempat gak la possing *