Monday, February 2, 2015

Berjaya Itu Pahit..

Jalan untuk berjaya itu pasti ada. Cuma kita perlu berkorban sahaja. Kita perlu menyatakan pada diri sendiri, nak atau tak nak. 


Gambar ini aku ambil secara senyap ketika aku tengah duduk minum lewat malam bersama housemate aku. Aku tidak kenal siapa budak ni, tapi yang pasti pada andaian aku budak itu adalah pemilik stall burger ataupun hanya bekerja di stall tersebut. Aku secara tidam sengaja duduk mengahadap dia. Namun setelah aku perhatikan, budak tersebut tidak hanya duduk disitu sambil menunggu pelanggan datang untuk membeli bergernya. Dia memegang sebatang pen, senaskah nota kertas A4 & sebatang pen warna. Sambil mendengar lagu, aku perhatikan yang budak mentelaah sesuatu. Dan pada andaian aku, budak ini merupakan seorang siswazah. 

Bila terlihat akan prilaku budak itu, aku teringat pada suatu masa dahulu aku juga merupakan seorang siswazah. Namun, ketika aku menyambung pengajian aku di Politeknik Kuching, aku tidak berpeluang merasa apa yang budak itu rasa. Kerana pada masa itu aku hanyalah seorang siswazah sepenuh masa. Apa yang aku tahu, hanyalah membuat assignment, membuat ulangkaji, latihan tubi & mentelaah tanpa perlu aku korbankan masa itu untuk membuat sebarang kerja sambilan.

Namun dengan segulung diploma yang telah aku genggam pada ketika itu, aku mampu untuk bersaing dalam sektor pekerjaan. Pada saat itu, aku telah berjanji dengan diri aku sendiri untuk menyambung pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi dengan harapan untuk memperbaiki kedudukan serta jawatan yang aku sandabg pada ketika itu. Ya, aku telah diterima untuk menyambung pelajaran aku secara separuh masa di Kampus Kota sebuah Universiti tempatan di KL. Saat itulah aku mulai sedar bertapa aku perlu melakukan suatu pengorbanan yang besar dalam hidup aku. Aku perlu korbankan masa untuk tidak bersama kawan - kawan, korbankan masa untuk tidak melakukan sebarang aktiviti sosial, korbankan masa untuk tidak bercuti, dan aku juga perlu korbankan masa untuk tidak beriadah serta korbankan perbelanjaan untuk membayar yuran penggajian. Banyak yang telah aku pelajari, sehinggalah aku menamatkan penggajian dengan sempurna. Dan kini aku bangga dengan diri aku sendiri atas kejayaan tersebut.

Sebenarnya, untuk berjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi banyak pengorbanan yang harus kita lakukan demi kejayaan itu. Dari situ  barulah kita akan sedar, bahawa nilai sesuatu kejayaan itu tidak terbeli dengan wang ringgit. 

-sonnet-

Thursday, January 15, 2015

15 Januari 2004..

15 Januari 2004..

Hari ini adalah hari yg bersejarah dlm hidup aku (dan kengkawan aku). Bermula pada tarikh inilah kami diajar dengan ketat tentang disiplin. Disiplin dari segi masa, disiplin dari segi tenaga, saling hormat menghormati & saling tolong menolong.
Kami juga diajar tentang peraturan & undang2, latihan jasmani & kecergasan, latihan pertahankan diri & latihan menembak menggunakan senjata.

Padang kawad, sekolah, PTT, "sentri kayu", "mangkuk hayun", "banggang", "hentak kaki berlari", "dari kiri, pat jlan", "kedudukan pumping siap", "untuk keselamatan kosongkan ta", "kumpulan2 sedia"... itu adalah diantara ayat2 yang "ngeri" bila didengar ditelinga kami.
Walaupun semua itu menjadi suatu beban dan membuatkan kami kurang istirehat, namun itu semua tidak melunturkan semangat kami untuk menamatkan latihan kami.

Setelah hampir 6 bulan kami berada di Pusat Latihan Polis KL (PULAPOL KL), dengan bangganya kami Skuad 1/2004 menamatkan latihan dan dianugerahkan Sijil Asas Kepolisan dengan jayanya.

11 tahun telah berlalu, semoga kalian semua berjaya dalam kerjaya & sama2 kita berdoa agar dipermudahkan segala urusan dalam perjalanan kerjaya kita.

"Tiada Hari Tanpa Latihan"..

Wednesday, May 15, 2013

Kesihatan Mental..

Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
 
KESIHATAN MENTAL 
 
Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mentalm tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:
  • Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
  • Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
  • Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.
Ciri-ciri kesihatan mental yang positif
Terhadap diri sendiri
  • Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
  • Berupaya mengawal perasaan.
  • Sanggup menerima kegagalan.
  • Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
  • Menghargai diri sendiri.
Terhadap orang lain
  • Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
  • Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
  • Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
  • Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.
Terhadap cabaran
  • Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
  • Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
  • Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
  • Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.
10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif
  • Menerima kenyataan diri secara realistik.
  • Mengendali masa dengan baik (time management)
  • Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
  • Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
  • Menjaga kesihatan fizikal.
  • Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
  • Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
  • Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
  • Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
  • Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.
Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
  • Perasaan rendah diri.
  • Tekanan dalam hidup.
  • Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
  • Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
  • Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
  • Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
  • Peningkatan risiko penyakit mental.

Monday, April 22, 2013

Kedai Rakyat 1Malaysia

'Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah. Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar.
 
Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.
 
Perbezaan Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”. Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.
 
Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka. Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.
 
Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah, ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.
 
Lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia yang pertama ini terletak di stesen LRT Kelana Jaya dan beroperasi bermula dari jam 7pagi sehingga 11malam. Manakala, MYDIN pula diamanahkan untuk menjalankan operasi kedai tersebut bermula daripada kerja-kerja pengubahsuaian kedai, membekal barangan, susun atur barangan di dalam kedai, melatih serta menyediakan kakitangan dan juga mentadbir urus sistem ‘Point of Sales’ (POS). Kedai Rakyat 1 Malaysia ini berjaya disiapkan dalam tempoh satu bulan termasuk kerja pengubahsuaian kedai serta susun atur dan hiasan dalaman. Ini juga merupakan program tangunggjawab sosial MYDIN untuk masyarakat setempat.
 
Diharap projek usahasama antara Kerajaan dan MYDIN ini dapat membantu serta memberi faedah kepada semua pihak dalam usaha meringankan beban rakyat Malaysia.