Monday, April 12, 2010

HamBA di RumaH sEdiRi....

Cerita kali ini bukan mengenai bercinta dengan isteri orang atau sebaliknya tetapi keluhan seorang ibu tentang nasib yang dikatakannya tidak sebaik nasib ibu-ibu lain. Ada kaum wanita menempuh kepayahan hidup di awal remaja dan berubah lebih baik setelah bekerja dan berumah tangga. Ada pula yang susah ketika awal perkahwinan dan bahagia akhirnya setelah anak semakin besar. Ada juga susah di penghujung hayat. Inilah yang menyedihkan.
''Nasib saya tidak seperti ibu-ibu di atas, boleh dikatakan hidup saya susah, tertekan jiwa, hati dan perasaan sejak saya remaja hinggalahsetelah bercucu sekarang. ''Mungkin saya salah seorang ibu malang di dunia ini, namun saya taklah kesal. Ini kehendak Allah, saya reda tetapi saya kesal sikap anak menantu yang membuatkan hati saya hancur seperti kaca terhempas ke batu,'' demikian cerita Puan Hamizah dalam surat pendek yang dihantarkannya dan ketika kami berbual petang Isnin lalu.
Sebenarnya sudah beberapa kali kami berbual, tetapi terputus-putus, kerana gangguan cucu menangis dan beliau takut bercakap terlalu lama ditelefon bimbang anak menantu tidak dapat menghubunginya kerana telefon sedang digunakan.. Jadi kami berbual kira-kira enam minit setiap panggilan. Hinggalah saya faham perasaan hatinya yang terluka selama ini.
''Dah lama sangat saya nak luahkan isi hati saya ini, tetapi tak ada orang yang boleh saya percayai, lagipun kehidupan saya yang terkurung tidak mengizinkan saya berjumpa dengan ramai orang. Nak cakap dengan jiran takut anak terasa malu. Jadi saya simpan semuanya dalam hati.
''Tetapi apa pun kesimpulan masalah saya ini semuanya berpunca kerana kemiskinan dan kesusahan hidup saya. Kalau hidup kita miskin, anak menantu pun tak suka, malah menganggap kita menyusahkan hidup mereka sahaja. Itulah nasib saya.
''Saya ibu tunggal, diceraikan kerana suami nak kahwin lagi, bakal isteri barunya tak mahu bermadu, jadi tinggallah saya bersama empat orang anak yang masih sekolah rendah dan dua menengah. ''Kerana anak pertama dan kedua perempuan agak pandai sikit dapatlah dia belajar ke sekolah menengah sains berasrama. Walaupun duduk asrama saya terpaksa hantar duit sebab belanja mereka agak tinggi, macam-macam nak dibeli. ''Saya bekerja keras untuk mencukupkan belanja mereka di samping dua lagi yang bersekolah rendah. Ayah mereka setelah menceraikan saya, nafkah anak-anak tak diberi. Nak jenguk anak pun takut isteri baru marah. "Puas saya pergi pejabat dan turun naik mahkamah syariah tapi gagal dapatkan nafkah. Buat habis duit tambang, terpaksa cuti. Akhirnya saya buat keputusan biarlah dia berseronok dengan kehidupan barunya dan jawablah di akhirat nanti."
''Ketika bercerai saya tak ada rumah, menyewa rumah kecil di kawasan dekat KL memang mudah pergi kerja, tapi sewa rumah tinggi. Selain bekerja, saya jual kain potong yang orang hantar minta saya jualkan, paling tidak, dapat juga anak-anak berganti pakaian yang mereka berikan. Biarpun terpakai tetapi masih baru senanglah berpakaian. Kalau besar saya kecilkan."
''Dengan izin Allah anak yang tua sambung belajar buat diploma dua tahun kemudian, yang kedua pula ikut sama. Harapan saya bila mereka bekerja nanti senanglah sikit hidup saya. Sayangnya saya cuma berharap, Allah yang menentukan.
''Tak sampai enam bulan bekerja dia nak kahwin. Tersentak juga rasa hati, cepat sangat anak saya laku. Walaupun saya minta dia tangguhkan dulu, sebab tak berduit buat kenduri, tetapi yang lelaki mendesak. Anak saya Izah terpaksa ikut. ''Kenduri kami ala kadar. Kata Izah, bakal suaminya tak suka buat majlis panggil ramai orang, membazir aja. Saya ikutkan memang pun saya tak berduit lagipun hantarannya tak tinggi cukup buat kenduri saja. Selesai majlis cuma dua malam menantu saya tidur di rumah, mereka terus pindah rumah lain.
''Dua hari lepas pindah, ketika saya sibuk mengira hutang belum selesai, Izah datang ke rumah bersama suaminya, bertanyakan mana set bilik pengantin sebab dia nak bawa ke rumah mereka. Izah tahu saya cuma beli katil dan tilam, almari pakaian dan almari solek pakai yang lama lagipun rumah sewa kami kecil, mana nak muat. Tetapi sebenarnya saya tak mampu nak beli semua benda itu. ''Kerana tak ada set tersebut menantu saya minta beli yang baru. Hutang lagi. Izah tak berani bantah walaupun dia tahu saya tak berduit. Hutang lama tak selesai hutang baru bertambah. Namun dalam hati kecil saya mengharapkan kalau Izah bagi saya RM100 setiap bulan seperti sebelum dia kahwin, mungkin hutang itu boleh saya selesaikan. Tetapi sejak Izah kahwin dia tak beri saya duit langsung. ''Waktu itu memang saya susah, mana nak bayar hutang, tiga orang anak lagi tengah belajar, seorang peringkat akhir pengajiannya, sementara seorang lagi nak ambil SPM, tetapi pada siapa saya nak mengadu, saudara-mara bukan orang kaya, mereka pun duduk kampung harapkan anak-anak. Namun mereka masih bernasib baik daripada saya kerana ada anak-anak yang menolong. Berbanding saya.
''Kerana terdesak saya minta Izah bantu bayarkan duit periksa adiknya, tetapi kata Izah, dia tak ada duit, semua duit gajinya suaminyapegang. Kata Izah, suaminya kata, lepas kahwin dia mesti ikut perintah suami bukan emak lagi, syurga bawah tapak kaki suami. Lagipun dia nak simpan duit beli kereta baru dan rumah. ''Hendak tak nak saya terpaksa tebalkan muka pinjam pada kawan sekerja RM100 janji bayar dua bulan. Ketika Imah habis belajar saya menyimpan hajat mungkin bila dia kerja nanti dia boleh membantu saya. Imah pula lambat dapat kerja, dia terpaksa kerja sementara di kilang, memang dia ada bantu saya cuma beberapa bulan sebelum dapat kerja yang memaksanya pindah duduk nun di selatan. ''Hati saya suka dalam duka. Gembira anak dapat kerja tapi sedih dia terpaksa tinggalkan saya. Di tempat baru dia terpaksa sewa rumah,untuk tiga bulan pertama, memang dia tak kirimkan saya duit. Sebaliknya saya meminjam bagi dia bekalan sedikit duit semasa pindah. Sekali lagi kawan jadi mangsa. Tapi saya bayar balik semuanya walaupun berdikit-dikit. ''Anak kedua pun cepat jodoh, tak sampai setahun bekerja dia kahwin orang sana . Saya buat kenduri kecil, nak panggil ramai orang kita perlu belanja besar. Asalkan mereka selamat kahwin sudah cukup. Ayah mereka datang untuk izinkan nikah. Tak ada satu sen pun dia keluarkan duit belanja. ''Kalau orang lain gembira anak perempuan mereka cepat kahwin tapi orang susah macam saya cuma tangis mengiringi mereka. Sedih dan takut apakah Imah juga ikut jejak kakaknya serahkan semua duit gajinya kepada suami. Kalau saya orang senang memang saya tak harap duit mereka, tetapi susah, merekalah harapan saya. ''Dua orang anak lelaki saya Ismail dan Ishak faham masalah saya. Ismail tolak tawaran buat diploma walaupun dia layak, dia bekerja di kilang, katanya nak tolong saya dan adiknya habiskan belajar sampai tingkatan lima.
''Saya menangis mengenangkan pengorbanannya, namun saya terus memujuk supaya dia terus belajar, biarlah saya susah bekerja dan berhutang, asalkan masa depannya terjamin, tetapi dia menolak, dia terus kerja kilang. Katanya, dia akan sambung belajar kalau ada rezeki. Tapi sampai kini dia masih kerja kilang dengan pendapatan cukup makan saja. Anak keempat saya pun berakhir dengan kerja kilang. ''Saya cukup sedih, tetapi apakan daya saya tidak ada kemampuan untuk mendesak mereka terus belajar kerana saya pun tak berduit. Ayah mereka tak ambil peduli selepas dia dapat empat orang lagi anak dengan isteri baru dan masil kecil-kecil.
''Peristiwa itu berlaku kira-kira 10 tahun lalu, kini badan saya semakin tua, sudah tak berdaya nak bekerja. Untuk menampung hidup, saya jaga anak orang yang dihantar ke rumah saya. Tetapi bila Izah tak ada pembantu, dia suruh saya duduk dengan dia jaga anak-anaknya. Sekarang dah lebih enam tahun. ''Saya rasa saya adalah pembantu rumahnya, tapi tak bergaji, dapat makan dapat tempat tidur. Tapi masalahnya saya dah berusia dekat 50 tahun, badan saya sudah tak kuat lagi. Kerana hidup susah sejak muda, saya memang kelihatan tua. ''Saya fikir bila dia ambil saya tinggal di rumahnya, dapatlah saya ke surau, buat amal ibadah dengan selesa, malangnya sembahyang tarawih pun jarang dapat pergi, di rumah aja menguruskan anak cucu.
''Bila sendirian saya selalu menangis mengenangkan nasib. Dari kecil anak saya besarkan, berhutang keliling pinggang untuk menyekolahkan mereka, tapi bila dah senang suami dia kutip hasil. Kalaulah anak saya menjaga saya, agaknya tak sampai umur saya 65 pasti saya dah mati. Cuma 15 tahun sahaja dia menjaga saya. ''Tetapi kalau dia ada umur dia akan hidup bersama suaminya lebih 42 tahun iaitu sejak 23 tahun umur dia mula bekerja hinggalah 65 tahun. Jadiapalah salahnya dia bantu hidup saya yang susah ini dan tolong anak- anaknya melanjutkan pelajaran. Memang tugas ibu membesarkan anak-anak dan menyekolahkan mereka, dan tak boleh minta pembalasan, itu benar, tetapi saya bukan orang senang, saya susah. ''Apa yang menyedihkan saya ialah hidup dua orang anak lelaki saya sampai bila dia mesti bekerja jadi pekerja kilang. Bukan saya hina pekerja kilang, tetapi mereka pandai, mereka dapat tawaran sambung belajar ke IPTA apa salahnya kakak-kakak mereka menghulurkan bantuan kerana dia tahu saya susah dan ayahnya tak membantu dan tak pernah beri nafkah. Salahkah saya meminta bantuan? ''Mengapa menantu saya terlalu berkira tentang duit dan membuat saya macam hamba abdi? Kalau saya pembantu rumah orang lain tentu dapat imbuhan tetapi duduk di rumah anak sendiri saya benar-benar terhina. Saya perlukan masa sendiri untuk membuat amal ibadah yang banyak saya tinggalkan semasa bekerja dahulu. Tetapi semuanya tersekat kerana menguruskan empat orang cucu pergi sekolah rendah, sekolah agama, tadika dan sebagainya.
''Sudahlah hidup saya susah semasa membesarkan anak-anak, dah tua begini pun saya terpaksa jaga cucu. Saya rasa terhina kerana duduk menumpang di rumah mereka. Kerana saya tidak punya apa-apa, miskin dan tak berharta saya dibuat macam hamba. Nak berbual dengan anak pun terhad, menantu sentiasa mengawasi, apa lagi kalau nak berbual dengan jiran tetangga. ''Saya amat sedih terutama bila besan atau saudara-mara menantu saya datang ke rumah, saya tunggang-langgang di dapur memasak, mereka Cuma berbual dan menunggu hidangan terhidang, saya betul-betul terhina. Lagi sedih bila menantu bising fasal bil elektrik dan air meningkat. "Sabun pencuci cepat habis pun merunsingkan fikirannya. Menantu saya terlalu berkira fasal duit Entah bila penderitaan saya akan berakhir. Saya sentiasa berdoa supaya saya tidak terlantar sakit terlalu lama sebelum mati. Kerana saya tak tahu siapa nak jaga saya nanti,''
Apakah zaman ini masih ada anak-anak seperti ini, "kalau diri tak berduit bukan sahaja dihina orang, anak-anak sendiri pun benci dan tak hormatkan kita. Agaknya mereka terlalu hormatkan suami kerana syurga di bawah tapak kaki suami. Ibu tak berguna lagi."
"Tapi kata seorang teman, suami boleh berganti kalau jodoh dah tiada, tapi ibu itulah satu-satunya di dunia dan akhirat." Entahlah! Tapi sayangilah ibu semasa masih ada, kerana doa ibu membawa berkat.

Tuesday, February 23, 2010

bEBaskaAn diRi Dari teKAnaN....


Jangan biarkan hidup sentiasa diselubungi tekanan. TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk dan berdendam. Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian.



Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri. Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik.Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat. Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.


Antara punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan. Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan. Di bawah terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup.



1.Senyum

Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.Cubalah, pasti merasai kelainan.



2.Bersendirian

Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.



3.Bertenang

Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada tekanan yang di hadapi juga akan berkurang.



4.Peluk sesuatu

Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.



5.Lavender

Bagi yang suka pada aroma terapi minyak pati lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak Lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan tekanan.



6.Kasih sayang

Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.


7.Tuhan

Ikutilah perintah dan suruhan Tuhan serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Tuhan nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diari terhadap-Nya.



8.Ceria

Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.

Monday, February 15, 2010

jALan - JaLan tAhun bAru CiNA.....

Siang tadi merupakan suatu pengalaman yang cukup menggembirakan hati aku. Nak mula camner erk??? Ok....pagi tadi bangun awal, tak seperti biasanya. Pukul 9am dah bangun, kemas bilik tido, basuh pakaian dan mandi. Lepas tu bersarapan dengan "housemate".....Hari ini masih cuti lagi, cuti CNY.....Otak blur takder plan. Just sit alone in my room than chatting & surf internet.

Ada la dalam 15minint camtu...member yang sorang tu panggil kuar dari bilik. Dia cakap jom p beraya kat uma member dia. Aku tanya lagi, uma siapa. Dia cakap uma tauke, Ahau, tempat dia selalu baiki kereta dia. Hemmm.....aku tak bagi jawapan. MAsih blur. Bukan apa, aku ni dahla tugas oncall. Takut gak kalo nak jalan - jalan tu. Nanti tengah syok, ada plak terima panggilan. Pastu dia tanya lagi...."nak p ke tak ni?".....aku diam lagi. Dalam hati aku "aduhsss camner ni??? pergi tak pergi tak pergi tak...". Tersentak aku bila dia tanya lagi....Aku cakap "jomla....".

Kita orang bertiga pergi ke destinasi tauke tu. Kat Sg. Besar Kuala Selangor. Kat maner tempat tu erk??? Aku pun tak tahu. Pernah dengar nama jer, tapi tak pernah pergi pun. Cuma yang pasti kita melalui jalan Sg. Buloh - Kuala Selangor. nak sampai ke tempat tu ambil masa juga. dalam sejam lebih gak...ye la tempat yang tak pernah kita orang pergi. Cuma pernah dengar nama jer. Sepanjang perjalanan dalam cuaca panas tu, terubat gak hati ni dengan pemandangan di kanan dan kirai jalan. Banyak ladang & pokok kelapa sawit. Sampai satu tempat, kalau tak silap area Sekincan, banyak bendang sawah padi. Ada gak nampak banyak pokok nyiru yang melambai - lambai, seakan - akan menanti kedatangan kami bertiga. Heheheeee.....Segar udara. Tak guna "air-cond" beb......Bila dah tiba di Sg. Besar, kita orang pun berhenti sekejap di stesen minyak Petronas, menunggu Ahau tu datang. Sempat gak membeli "jelly kelapa muda". Sedap....nyaman dalam cuaca panas. Aku tambah satu lagi.....heheheeee....Ada la lebih kurang 10minit Ahau tu datang. Opppsssss....dia guna Vios. Ala apa nak hairan, tauke bengkel kereta. Lagipun itu duit dia...peduli apa aku. Hahahaaa.....Dia bawa kita orang pergi makan di sebuah restoran cina. Mualanya aku agak tekejut juga. Kenapa bawa makan kat restoran cina??? kalau aku, tak apa ler. tapi kawan aku yang dua orang tu???? "Gunakan tanpa was - was".......Ahau tu belanja kitaorang makan ikan bawal stim sambal, udang masak cili kering, sayur kailan, taufu goreng telur & ABC buah.....Fulamakkkkkk.....kenyangnyer!!!!! Lepas tu dia ajak pulak p uma dia. Hidang dengan kuih muih dan buah limau. Dah la perut kenyang lagi......takper!!! Nama dah jalan - jalan cari pengalaman.....kena makan!!!!!

Kenal juga dengan family Ahau ni. OOOooooo....begini la rupanya rumah orang Cina dan itulah cara mereka menyambut perayaan CNY. Ala sama juga dengan perayaan yang lain di Malaysia ni pown....Tapi sebelum bersurai dari rumah Ahau tu, atuk dia bagi kita orang angpau!!!! Fuhhhh....lama dah tak dapat angpau ni. Isi dalam tu tak kira ler, banyak ke sikit ker, yang penting aku dapat merasa kehidupan orang Cina di sini. Em.....not. Kehidupan orang cina di sini tidak ubah seperti kampung nelayan. Lepas tu Ahau ni bawa kita orang pergi uma mak mertua dia. Tak jauh dari rumah dia. Tapi kalau jalan kaki tu, berasa la juga. Heheheeeee.....tapi memang kawasan situ cukup menarik. Tiupan angin dari laut memang cukup membelai. Samapi di rumah mertua dia, Ahau ni hidangkan kitaorang dengan air kelapa segar. Ahhhhhh.....lega tekak minum & makan isi kelapa segar. Tapi apa yang menariknya tentang rumah mak mertua Ahau ni, rumah tiu dibina seakan - akan rumah kaum Melayu di tepi laut. Bilik air dan tandas dipisahkan di belakang rumah, rumah pula dibina tinggi daripada tanah.....yela untuk mengelakkan air laut dari masuk ke dalam rumah bila air pasang. lagi kitaorang dapat angpau dari Ahau. Heheheeee........

Tapi apa yang menarik bagi aku semasa jalan - jalan CNY ini ialah, pemandangan penempatan cina di tepi laut. Tak ubah sperti kaum yang lain yang mana menghuni & mencari rezeki di laut. Bot - bot besar adalah suatu keutamaan........rasa ingin sekali lagi datang ke situ....tak puas rasanya........




ok jumpa lagi.......

Sunday, February 14, 2010

Hai.....aDa aKu kiSAh?????

Hemm...rasanya daha lama aku tak menulis dalam blog "sulu sigat" ni. Nak dikatakan sibuk sangat, tak la juga. Nak cakap tak der "modal", ada juga. Enta, malas rasanya kot.....heheheee!!!! Ni pun sebab cuti panjang, empat hari sempena menyambut Tahun Baru Cina. Tapi, aku ni cuti ker????? Ala....kira masa banyak terluang gak. Dalam kerjaya aku ni, tak ada istilah "cuti @ offday" melainkan kita sendiri mengisi borang cuti rehat. Hah...itu tak payah la nak diceritakan. Sendiri yang minta kan?????.....Dalam masa empat hari ini, aku kena buat kerja lebih sikit. Bukan la maksudnya aku mencari kerja lain untuk menambahkan pendapatan sampingan, tetapi aku kena buat dua kerja tambahan yang mana "partner" aku dua orang tu cuti. Aku tak kisah sebenarnya, lagipun apa la sangat kerja tu jika nak dibuat dengan ikhlas pun. Tapi yang aku tak suka apabila menanggung kerja orang lain, ada pula soseh soseh yang bercakap belakang aku. Lantak korang la nak cakap apa. Yang petning kerja tu aku siapkan dan ia tak kacau periuk nasi aku. Yang ruginya korang la beb, air liur banyak keluar, letih mengata & pengalaman dalam kerja pun takder...hahahaaaaaa. Ada aku kisah????