Wednesday, March 16, 2011

Masalah Disiplin Diri...


Disiplin diri adalah penting dalam mengubah rancangan menjadi realiti. Malah disiplin diri merupakan fakta penting dalam mencapai kejayaan peribadi. Disiplin diri membantu kita menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang benar-benar penting dalam kehidupan kita. Disiplin diri adalah FOKUS seseorang kepada aktiviti-aktiviti penting SEHINGGA SELESAI tanpa mengalihkan perhatian kepada perkara lain.
________________________________________

Di bawah ini disenaraikan beberapa perkara yang boleh dijadikan sedikit panduan kepada anda dalam menangani masalah disiplin diri:

1. Tumpukan usaha anda kepada pencapaian matlamat-matlamat penting anda Laksanakan perkara yang utama dahulu dan ketepikan perkara yang remeh-temeh atau boleh diketepikan buat sementara waktu.

2. Tulis dan pamerkan matlamat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu di tempat-tempat yang mudah dilihat.

3. Amalkan perancangan harian. Tentukan tugasan yang hendak dilaksanakan dan prioritinya (kepentingannya).

4. Tentukan tarikh akhir yang realistik untuk menyiapkan tugasan yang tidak disukai atau sukar. Tarikh akhir akan menimbulkan rasa mendesak yang akhirnya akan menyebabkan tugas tersebut selesai juga akhirnya.

5. Mulakan dan usahakan sesuatu tugasan. Elakkan daripada terperangkapa oleh keinginan mencapai kesempurnaan sehinggan anda langsung tidak berusaha.

6. Cipta momentum dalam meneruskan sesuatu tugasan yang tidak disukai. Luangkan masa anda untuk menyelesaikannya atau kalau rasa tertekan, mulakan dengan kerja pada bahagian yang mudah.

7. Hitung kos perbuatan anda yang suka melengah-lengahkan sesuatu perkara. Apakah kerugian anda?


8. Pemantauan secara berterusan perlu anda lakukan terhadapa kerja-kerja yang dilakukan. Adakah kejayaan yang dicapai seperti yang diharapkan? Jika tidak, betulkan kesilapan anda.


9. Belajarlah untuk menghargai kerja sendiri dengan meraikan kejayaan dalam melaksanakan kerja anda walau sekecil mana sekalipun tugas tersebut.


10. Selalulah berazam pada diri sendiri " Aku mampu melakukannya".

Wednesday, March 9, 2011

Kegemaranku..

Hah...tadi kate letih. Tapi entahla. Dari pagi tadi hingga malam ni, aku dok "clean my laptop content" jer. Rase rajin la plak nak " cut, drag & save " semua gambar aku dalam laptop ni ke dalam thumbdrive. Dalam pada tu plak, aku terjumpe la satu video ni.


Kalau tak silap video ni telah dirakamkan oleh kawan aku dalam awal tahun 2010. Mase ni kerja betul betul tension. Mase tu la plak ada latihan menembak pistol semi-auto yang baru kat Lapang Sasar PGA, Cheras. Pistol Walther P99 & Bareta....memang syok giler beb. Video ni dirakam ketika aku sedang dalam latihan menembak ujian masa. Tapi yang seronoknyer, member aku yang perempuan, takut nak dengar bunyi tembakan. Sebab tu la nanti korang akn dengar bunyi tembakan 2 atau 3 das tembakan yang terakhir selepas orang lain berhenti menembak...




Inilah aktiviti kegemaran aku... Hah selain dari Karate @ Taekwondo, ni juga dapat memantapkan kemahiran seni mempertahankan diri aku tau...Ok chowwww....

Keletihan..

Salam sejahtera...terlebih dahulu maaf dipinta kerana lama sudah aku tidak "update" blog Sulusigat ini. Aku punya alasan tersendiri. Tapi aku tidak menolak jika inilah yang dikatakan sebagai "lumrah kehidupan". Adakalanya kita berada dalam keadaan tenang, dan adakalanya kita berada dalam keadaan yang rumit.

Ye...begitu juga aku. Sejak kebelakangan ini aku sentiasa sibuk dengan pekerjaanku. Suatu pekerjaan yang aku tidak memilihnya (pada mulanya), tapi aku tetap mensyukuri dengan apa yang aku ada sekarang. Aku terlalu pentingkan kerjaya aku pada masa sekarang. Kerana inilah yang memberikan aku suatu ketenangan dalam aku melalui kehidupan seharian aku. memang kadang kala aku berasa agak bosan dan jemu dengan rutin harian pekerjaan aku, tapi aku tidak boleh terus menyalahkannya. Aku kena berfikir positif kerana itulah yang mampu aku lakukan untuk aku terus bertapak di sini.

Bila kita bercakap akan hal "berfikiran positif" ini, satu hal yang ingin aku sentuh disini adalah "ucapan Terima Kasih kepada Tuhan, Ibubapa, sanak saudara serta kawan - kawan sekalian" yang telah sama - sama mendampingi aku selama aku berada disini.

Ketika nukilan ini ditulis, aku sedang melayari mp3. Hanya itu yang mampu aku lakukan untuk menghilangkan keletihan setelah penat seharian bekerja. Diharap kepada semua kawan - kawan agar sentiasa "mensyukuri" dan "berterima kasih" diatas segala kenikmatan yang telah diberikan kepada kita.....salam!!!!

Friday, February 11, 2011

Antara Kerjaya, Cita - Cita & Cinta...

Sehingga artikel ini ditulis, sedar tak sedar sudah 42 hari kita berada dalam tahun 2011. Dalam tempoh tersebut juga, telah banyak perkara yang aku lalui. Tidak aku nafikan, selama itulah aku bergelut dengan titik keringat aku sendiri. Selama itu jugalah aku masih tercari IDENTITI aku sendiri. Siapakah aku yang sebenarnya? Persoalan itu biarlah aku sendiri yang akan mengetahuinya. Entah sampai bilapun aku tak pasti. Tapi yang pasti, aku adalah aku.

Namun apa yang aku dapat rasakan pada diri aku ini, adalah suatu perubahan yang aku sendiri tidak sedar apakah perubahan itu. Tapi yang pasti adalah diantara kerjaya dan cita - cita aku. Aku akui bahawa aku ingin terus bangkit dari suatu titik KECUNDANG. Ya....KECUNDANG. Tapi aku yakin pada diri aku sendiri bahawa itu hanyalah suatu TAMPARAN dalam kamus hidup aku. Aku tahu bahawa perasaan itu memang menyakitkan. Sakit!!!!!! Dalam pengertian aku, SAKIT itu akan terubat bila aku berasa PENAT.

Aku punya kerjaya. kerjaya yang mana aku sendiri tidak terfikir untuk mendapatkannya. Tapi mungkin sudah tersurat perjalanan aku begini. Aku terima dengan hati yang terbuka. Tidak pernah aku sesalinya. Malah aku berasa beruntung kerana aku punya kerjaya ini. Dengan rezeki kerjaya inilah aku mula menapak dan nekad untuk memajukan diri aku. hanya satu cara sahaja, aku perlu maju selangkah dalam pelajaran aku sendiri. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Aku tidak pernah mengeluh dan aku tidak pernah menyesal dengan cara ini. Aku sendiri yang memilihnya, dan akhirnya aku sendiri yang merasa puas. Tapi aku juga punya cita - cita. Cita -cita yang pendamkan dalam sanubariku.

Antara Kerjaya dan Cita - Cita, aku tidak akan lupa pada CINTA. Cinta ini banyak pengertiannya. Tidak terungkap oleh kata - kata, dan tak terolah kiasan bahasanya.....cinta oh cinta!!! Biarlah rahsia....