Friday, April 19, 2013

Bahaya Kekurangan Tidur

E-mel: lotfianuar@yahoo.com
Pakar Perunding Klinikal Psikiatri, Hospital
Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.:
 
 
DEPRIVASI tidur atau kekurangan tidur boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. Ini termasuk mengurangkan keupayaan seseorang menangani stres dan ketahanan terhadap penyakit.
Seseorang yang bekerja di siang hari tanpa tidur secukupnya pada waktu malam tidak mampu berfikir atau fokus kepada tugasan dengan baik.
 
 
Mereka lambat memberi tindak-balas semasa menyelesaikan masalah. Emosi mereka juga tidak menentu dan mudah meradang.
 
Seorang pelajar kolej yang bekerja sambilan pada waktu malam misalnya akan mengalami masalah menumpukan perhatian kepada pembelajaran di dalam kelas.
Semasa peperiksaan, mereka mengalami kesukaran pula untuk mengingat kembali ilmu yang telah dipelajari.
 
Justeru, setiap orang perlu mengambil berat waktu dan jumlah jam tidur masing-masing. Bagi kebanyakan dewasa, tempoh tidur malam selama enam ke lapan jam sudah mencukupi untuk memulihkan tenaga dan mengganti sel-sel badan yang rosak.
 
Tempoh waktu tidur nyenyak pula perlulah serasi dengan jam biologi badan iaitu mesti merangkumi sekurang-kurangnya dari pukul 11 malam ke 2 pagi.
 
Keadaan ini berbeza bagi mereka yang terpaksa berjaga siang malam dan tidak mempunyai pilihan menentukan waktu tidur.
 
Contohnya, kepada anggota tentera yang berperang di perbatasan. Mereka terpaksa berjaga siang dan malam menyelesaikan tugasan operasi untuk tempoh waktu yang tidak menentu dan panjang. Deprivasi tidur boleh menghilangkan kewaspadaan dan mengundang bahana.
 
Begitu juga kepada ibu yang baru melahirkan anak. Kegembiraan menyambut kehadiran orang baru akan bertukar kepada kepenatan melampau selepas beberapa minggu.
 
Bayi perlu diberi susu setiap dua jam, ditukar lampin bila basah dan dipujuk bila menangis.
Dalam tempoh panjang, deprivasi tidur menjejaskan kewarasan dan mencetus pelbagai jenis penyakit mental terutamanya kepada mereka yang fragil atau lemah.
 
Bagi anggota tentera, mereka memang dilatih mengatasi situasi sebegini. Pelajar kolej, mahu tidak mahu sila dapatkan juga waktu tidur yang cukup supaya mereka dapat belajar dengan baik.
Bagi ibu-ibu pula, bagaimana sepatutnya mereka menghadapi masalah ini?
 
Mereka perlu mengekalkan kewarasan supaya dapat terus mengurus rumahtangga dan menjaga bayi dengan baik.
 
Tidur semasa bayi tidur
 
Mungkin ramai orang pernah mendengar nasihat ini. Walaupun agak janggal tetapi berbaloi mencubanya. Yang penting tidurkan bayi di tempat tidurnya sendiri. Ini mengelakkan bayi lemas akibat ditindih oleh anda semasa tidur. Walaupun untuk tempoh 20 minit, ia cukup untuk menyegarkan diri dan anda boleh menyambung semula tanggungjawab tersebut selepas itu.
 
Matikan telefon bimbit
 
Ibu yang baru melahirkan anak biasanya menerima banyak panggilan telefon daripada kawan dan keluarga bertanyakan soalan sama tentang diri atau bayi. Ini mengganggu masa yang ada untuk tidur. Elakkan menjawab panggilan tersebut kecuali kecemasan. Jika anda menggunakan perkhidmatan blackberry messenger (BBM), tinggalkan pesanan di profil peribadi yang mengatakan anda perlu tidur dan tidak mahu diganggu.
 
Elakkan gangguan
 
Gangguan seperti bunyi bising boleh mengganggu kualiti tidur. Jika anda tinggal di dalam hiruk-pikuk kebisingan kota, tidurlah dengan tingkap rumah ditutup. Senyapkan bunyi televisyen sekiranya anda perlu menonton televisyen bagi mendapatkan mood mengantuk. Ingatkan suami menutup televisyen tersebut selepas anda tidur supaya cahaya daripadanya tidak terus mengganggu.
 
Sindrom goncang bayi
 
Setiap orang mempunyai tahap kesabaran berbeza. “Shaken baby syndrome" atau sindrom goncang bayi boleh berlaku jika ibu bapa hilang kewarasan apabila terlalu penat akibat kekurangan tidur.
Ibu bapa menjadi terlalu marah dan melepaskan kemarahan tersebut kepada bayi tanpa sengaja.
Mereka tidak memukul tetapi akan menghempas bayi ke atas tilam atau menggoncangnya kuat sehingga menyebabkan kematian atau kecacatan otak. Jika perasaan ini berlaku, jauhkan diri daripada bayi anda. Jangan rasa bersalah jika bayi tersebut menangis seorang diri selama beberapa minit.
Jangan malu meminta pertolongan ibu bapa, mertua atau rakan untuk tolong menjaga seketika. Anda dan suami juga boleh mengambil giliran tidur secara bergilir-gilir pada waktu malam. Yang penting, jangan sia-siakan waktu rehat jika berkesempatan.

Saturday, February 4, 2012

Tentang Perasaanku..

Sejak seminggu yang lalu, aku merasakan ada sesuatu yang bergelora dalam perasaanku. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Tapi apa yang pasti, aku sering mengungkapkan perkataan "awan nano'. Mungkin aku sudah terlalu obsess dengan lagu Awan Nano oleh HafizAF7.. Tapi aku merasakan itu bukan penyebabnya.


Ye.. awan nano itu sungguh indah bagiku. Aku tidak peduli apa kata orang lain terhadapku pada ketika ini. Biarlah aku bahagia bersama duniaku kini. Aku tidak ingin diganggu oleh segala hal yang remeh temah lagi. Aku ingin berubah untuk menjadi seorang yang tegas dalam setiap perihal aku sendiri. Aku tetap yakin dengan pendirianku. Aku tahu bahawa Awan Nano itu sentiasa mengiringi aku walau dimana sahaja aku berada. Awan Nano sedia memayungi diriku tika terik panas, dan akan melimpahkan hujannya bila aku dahaga. Ingin sekali aku mengapai awan nano itu, tapi tidak tergapai oleh jejariku. Aku hanya mampu berdoa supaya Awan Nano itu akan sentiasa bersama denganku.


Akan aku tetap melayan Tentang Perasaanku ini. Kisah suka duka aku, aku sendiri yang akan menempuhinya. Bersyukur pada Tuhan kerana masih lagi memberikan ruang untuk aku meneruskan nafas ini.


Sampai kita jumpa lagi.... zezzzzzzzzz

Saturday, January 21, 2012

Al-Kisah Di Perpustakaan Negara, Jln Tun Razak, KL

Salam... Kali nie aku nak kongsi cerita mase kat Perpustakaan Negara, Jln Tun Razak, KL. Kisah ni berlaku Sabtu, minggu lepas. Aku memang geram betul..


Sabtu, 21hb Januari 2012, aku telah pergi ke situ bersama classmate aku Siti Umaiyah ( nama panggilan dia Maya ). Yela.. kira nak cari maklumat tuk buat assignment dan study la kat situ. Perghhh.. tempat memang best giler la. Selesa dan menyeronokkan. Kemudahan semua ada.. Individu boleh bawa laptop kedalam dan buat terus assignment kat situ terus tanpa perlu menyalin isi penting atas kertas. Kemudahan wifi pun ade. Pengudaraan yang bagus, fully airconded. Bahan - bahan rujukan semua ada. Pencarian yang mudah melalui sistem komputer. Memang puas hati lah. Bila dah dapat semua bahan rujukan yang dikehendaki, aku pun duduk kat satu meja yang aku fikir sesuai. Si Maya duduk depan aku. Masa tu aku kire rajin lah sikit, mencari nota untuk subjek Compensation & Benefits Management. Maya pula buat assignment untuk subjek Human Resources Management, "How to get a right candidates". Selepas sejam lebih duduk kat situ, kita diarahkan untuk pindah ke meja lain, sebab ada masalah teknikal kat area tu la. Jadi aku dan Maya pun beralih ke tempat baru.


Alamak... tempat tu pula ramai orang. tapi takpe la. Sebab itu kan tempat awam. Ala perpustakaan katakan. Dulu mase kita sekolah rendah pun dah tahu pun perpustakaan adalah tempat awam dan khas untuk pelajar membuat bahan rujukan dan belajar dalam keadaan yang senyap tanpa menganggu orang lain yang menggunakan kemudahan tersebut. Sedang aku leka dan Maya sibuk dengan kerja masing - masing, aduhhhhhhh bingitnye telinga aku. Aku beritahu Maya siapa kat belakang aku yang buat bising. Rupa - rupanya ada tiga orang awek yang sedang buat ulangkaji. Yang aku sakit hati tu, kenapa perpustakaan ni la yang diaorang pilih untuk buat ulangkaji. Orang lain pun buat ulangkaji juga, tapi dalam keadaan senyap. Kumpulan diaorang tu pulak asyik bercakap tanap mengira orang lain yang berada disitu. Aku mulalah benggang. Tapi tak pula aku tegur... ermmm!!! nasib baik la, aku dah nak siapkan kerja aku tu. Kalau aku duduk lama lagi kat situ, memang aku bangun dan bagi pengajaran sikit kat diaorang tu. Entah dari IPTA / IPTS mane tah diaorang tu. Tapi memang tidak berbudai bahasa dan budi pekerti. Bila aku tengok kat atas meja diaorang tu, ada pula tanda " kerjasama anda untuk berada dalam keadaan senyap adalah amat dihargai " ( ayat lebih kurang camtu la ). Memang diaorang ni tak tahu membaca kot.


Jadi apa yang aku ingin tekankan disini, semasa kita berada di tempat awam, hendaklah kita sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, dan hendaklah kita sentiasa menghormati orang lain yang berada bersama dengan kita disitu. Jangan jadi seperti awek tadi tu.. Harapkan muke jer cantik tapi tiada bermoral... Hampehhhh la!!!! Sekian....


Wednesday, January 18, 2012

Terima Kasih 2012..

Salam semua.. agaknya belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Datang Ke tahun Baru, 2012. Tahun ini aku anggapkan sebagai tahun yang mencabar bagi diri aku sendiri. Aku telah mengorak langkah aku sendiri dalam bidang pelajaran. Aku sendiri tidak menyangka bahawa inilah langkah yang aku ambil, walhal sejak dari kecil lagi aku memang mengimpikan untuk sampai ke tahap ini. tapi aku tahu setakat mana kemampuan aku, dan aku juga tahu bahawa aku bergerak secara perlahan... Tapi apa yang penting aku merasa puas dengan langkah yang aku ambil ini.


Tidak setakat itu, kawan baik aku sendiri, Palie juga telah berjaya diterima untuk melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (Dengan Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia. Itulah yang aku harap - harapkan, dan aku lihat Palie sangat seronok. Semoga dengan ini kita akan sama - sama bersaing dalam industri pendidikan ini sambil kita bekerja, Palie!!! Hehehee..


Rasanya cukup sampai disini sahaja coretan pembukaan bagi tahun 2012 ini. Syukur kepada Tuhan dan terima kasih 2012.. Peace!!!