Sunday, June 20, 2010

poTRet kEluarGa Aku...

Barisan Hadapan (dari kanan): Raymond, Gloria & Watson
Barisan Tengah (dari kanan): Ranti Awel & Menjang Niah
Berdiri di Belakang: Gerald Rahman
Gambar ini diambil di sebuah studio di bandar Sri Aman, Sarawak pada bulan Disember 2009. Potret kenangan sebuah keluarga yang sederhana....May God bless our family!!!

Hari Bapa & Hari Ibu...


Siapa diaorang ni?? Apa kaitan gambar ni dengan blog sulusigat? Mungkin ini adalah soalan yang mungkin ditanya kepada siapa yang menjadi pengikut blog ini. Tapi itu sebenarnya bukanlah rahsia sangat. Kedua - dua orang yang ada dalam gambar tersebut (berbaju merah) adalah kedua orang tua penulis blog ini.
Mesti juga ada yang betanya, "apa kene mengena gambar tu disiar dalam blog ni??" Aku akan jawab "ada aku kesah??"...Hahahaaa orang sibuk sebut pasal Hari Bapa pada hari ini. Aku sebenarnya tidak pernah menyambut Hari Ibu mahupun Hari Bapa sepanjang hidup aku bergelar anak..Pada pendapat aku, kenapa perlu diwujudkan Hari Ibu atau Hari Bapa?? Mana pulak Hari Anak, Hari Nenek, Hari Datuk, Hari Tidur, Hari Menyumpit, Hari Memburu, Hari Terjun Dari Tempat Tinggi, Hari Telefon??? Pening la nak mengingat masa, ketika, waktu dan hari semua Hari Hari ni. Baik pergi membeli belah kat Pasaraya Hari Hari...
Tapi aku tidak menyangkal kepada sesiapa yang hendak menyambut Hari Istimewa tersebut. Aku akan cuma mengingati hari yang bersejarah dan penuh bermkna seperti Hari Jadi (aku sendiri sudah tentulah), Hari Kemerdekaan (sudah tentunya berbeza diantara Tanah Semenanjung dengan Sabah & Sarawak) dan Hari lain yang membawa penuh pengertian dalam hidup aku sendiri.
Berbalik kepada tajuk penulisan pada kali ini, sebenarnya aku amat menghormati kedua - dua orang yang beraju merah seperti dalam gambar di atas. Merekalah yang telah melahirkan aku (serta adik beradik yang lain) ke dunia ini. Sejak dari kecil lagi, mereka telah bersusah payah mengajar, membesar, mendidik dan memberi pandu hala tuju kepada subuah kehidupan yang sebenar dalam dunia yang nyata ini. Sebab itulah aku tidak pernah menyambut Hari Ibu mahupun Hari Bapa kerana pengorbanan mereka memang sentiasa mengiringi aku dalam meniti kehidupan di dunia nyata ini setiap detik dan setiap waktu. Hari Ibu dan Hari Bapa bagi aku adalah setiap hari...
Bayangkan, aku sekarang berada di Tanah Malaya sedangkan kedua orang tua aku berada di Tanah Borneo..bermakna Hari Bapa @ Hari Ibu itu akan berlalu sepertu hari - hari yang biasa bagi aku. Melainkan jika aku bercuti balik ke kampung halaman (kebiasaannya pada hujung tahun aka Christmas Day), bermakna masa itulah aku akan berjumpa dengan mereka dan adik beradik aku yang lain. Pada masa itulah kami sekeluarga akan berkumpul bersama - sama (dengan sanak saudara yang lain). Pada hari tersebutlah Hari Ibu & Hari Bapa disambut bersama...
Walaubagaimanapun, itu hanyalah bagi pendapat aku sahaja. Ada aku kesah???

akTiViti mASa LaPanG...

Dulu aku tidak banyak meluangkan masa lapang aku. Cukuplah setakat duduk di rumah sambil melayan perasaan dan surf internet. Tapi sejak akhir - akhir ini, aku lbih banyak meluangkan masa lapang dengan membuat aktiviti riadah........

Seronok juga dapat menunggang kuda ni....bila lagi kalau tak dari sekarang kan??? Tapi nak menunggang kuda ni kena ada kemahiran. Semasa menunggang kuda ni, jurulatih ada mengajar bagaimana hendak mengendalikan kuda tersebut. Em untuk peringatan, berat badan yang rngan tidak sesuai untuk menunggang kuda erk.....













Thursday, April 29, 2010

Tonggakan Kedua Rukun Negara Perlu Disuburkan..

KEBELAKANGAN ini timbul berbagai tindakan yang dilihat seperti langsung tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu. Ada antara tindakan itu bukan sahaja dianggap tidak menghormati undang-undang, malah ada yang sanggup mencemarkan institusi raja melalui perbuatan, misalnya mengadakan demonstrasi di hadapan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak atau melalui persidangan Dewan Undangan Negeri. Perlu difahami bahawa Raja-Raja Melayu adalah simbol dan keagungan serta kedaulatan negara ini.

Jika dilihat kembali semasa proses kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah mengingatkan semua pegawai masjid dan jawatankuasa kariah masjid di Selangor supaya memastikan masjid tidak digunakan sebagai gelanggang politik.

Tetapi yang terjadi sebaliknya pula. Pihak pembangkang mengambil sikap tidak endah titah Sultan Selangor. Menurut laporan akhbar-akhbar utama, Menteri Besar Kelantan yang turut berkempen di Hulu Selangor mengatakan larangan menggunakan masjid dan surau untuk berpolitik sebagai karut dan ia adalah hasil peninggalan penjajah. Selanjutnya beliau dilaporkan sebagai berkata politik boleh disebut atau dibincang di mana-mana. Azan yang dilaungkan bilal adalah suatu politik kerana memanggil orang ramai mengerjakan solat di masjid. Selanjutnya beliau berkata, Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengasingkan antara agama dan politik.

Jika diteliti, titah Sultan Selangor ada baiknya. Larangan berpolitik di masjid dan surau dikhuatiri akan mendatangkan lebih banyak masalah (keburukan) dan kemudaratan berbanding dengan kebaikan terhadap masyarakat. Ini kerana pada masa kini, masyarakat Melayu Islam bukan sahaja berpecah belah, malah sanggup berpuak-puak hanya disebabkan oleh fahaman politik yang berbeza. Tentu kita masih belum lupa, suatu ketika dahulu terdapat isu-isu yang merendahkan martabat Islam seperti sembahyang dua imam dan isu kafir-mengkafir.

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan pendirian beliau yang tidak bersetuju masjid digunakan sebagai lokasi untuk kempen politik. Selanjutnya beliau berkata, sekiranya kempen politik atau untuk apa sahaja aktiviti parti dibenarkan, ia akan menimbulkan masalah dan perpecahan akan lebih teruk berlaku dalam masyarakat.

Terkini berlaku pula di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah apabila dua soalan bertulis yang dikemukakan oleh seorang ahli DUN dari Pas yang bertanya sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam negeri dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.

Sepatutnya, soalan-soalan yang berkaitan dengan institusi Raja-Raja Melayu yang menyentuh mana-mana Sultan atau Raja Melayu yang boleh mendatangkan satu polemik pada masa depan dihindarkan daripada dibincangkan di dalam sidang DUN. Pemimpin-pemimpin politik tidak kira sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang terutamanya pemimpin-pemimpin Melayu seharusnya menjadi benteng dan pembela merangkap 'hulu balang" yang mempertahankan kedaulatan agama Islam dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

Rakyat negara ini pada semua peringkat umur dan bangsa sewajarnya tidak lupa dan maklum dengan tonggak kedua Rukun Negara iaitu 'Kesetiaan kepada Raja dan Negara'. Hari ini, rakyat dilihat seolah-olah sudah lupa kepada Rukun Negara.

Usaha-usaha menyemai maksud yang tersirat pada setiap tonggak Rukun Negara harus dibuat dengan kadar segera melalui kempen-kempen di media cetak dan media elektronik supaya setiap rakyat di negara ini dapat menjiwai dan mendalaminya.

Setiap tonggak Rukun Negara yang diamalkan sejak dahulu telah berjaya menjamin kestabilan negara dan keharmonian hubungan kaum. Jangan ada lagi pihak yang cuba mempertikaikan, malah menghina prinsip yang telah diterima dan telah termaktub itu.

NADZIR AWANG AHMAD
Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara Perlis