Friday, February 11, 2011

Antara Kerjaya, Cita - Cita & Cinta...

Sehingga artikel ini ditulis, sedar tak sedar sudah 42 hari kita berada dalam tahun 2011. Dalam tempoh tersebut juga, telah banyak perkara yang aku lalui. Tidak aku nafikan, selama itulah aku bergelut dengan titik keringat aku sendiri. Selama itu jugalah aku masih tercari IDENTITI aku sendiri. Siapakah aku yang sebenarnya? Persoalan itu biarlah aku sendiri yang akan mengetahuinya. Entah sampai bilapun aku tak pasti. Tapi yang pasti, aku adalah aku.

Namun apa yang aku dapat rasakan pada diri aku ini, adalah suatu perubahan yang aku sendiri tidak sedar apakah perubahan itu. Tapi yang pasti adalah diantara kerjaya dan cita - cita aku. Aku akui bahawa aku ingin terus bangkit dari suatu titik KECUNDANG. Ya....KECUNDANG. Tapi aku yakin pada diri aku sendiri bahawa itu hanyalah suatu TAMPARAN dalam kamus hidup aku. Aku tahu bahawa perasaan itu memang menyakitkan. Sakit!!!!!! Dalam pengertian aku, SAKIT itu akan terubat bila aku berasa PENAT.

Aku punya kerjaya. kerjaya yang mana aku sendiri tidak terfikir untuk mendapatkannya. Tapi mungkin sudah tersurat perjalanan aku begini. Aku terima dengan hati yang terbuka. Tidak pernah aku sesalinya. Malah aku berasa beruntung kerana aku punya kerjaya ini. Dengan rezeki kerjaya inilah aku mula menapak dan nekad untuk memajukan diri aku. hanya satu cara sahaja, aku perlu maju selangkah dalam pelajaran aku sendiri. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Aku tidak pernah mengeluh dan aku tidak pernah menyesal dengan cara ini. Aku sendiri yang memilihnya, dan akhirnya aku sendiri yang merasa puas. Tapi aku juga punya cita - cita. Cita -cita yang pendamkan dalam sanubariku.

Antara Kerjaya dan Cita - Cita, aku tidak akan lupa pada CINTA. Cinta ini banyak pengertiannya. Tidak terungkap oleh kata - kata, dan tak terolah kiasan bahasanya.....cinta oh cinta!!! Biarlah rahsia....

Sunday, January 23, 2011

Halooo...Ada Aku Kesah??

Lama juga aku menyepikan diri dari dunia "Blogging" ni.. Entah, kenapa!! Tapi untuk kali ini aku hendak "upload" gambar - gambar aku bila mana aku tak tahu apa nak dibuat dan aku merasakan bahawa apa yang aku buat ini dapat menghilangkan kebuntuan dan tekanan dalam diri aku...







Inilah sebahagian dari hidup aku... Aku buat asal hati aku boleh tenang!! Ada aku kesah???...

Saturday, January 1, 2011

2010...Aku Adalah Aku!!!!

2010...terlalu banyak kenangan manis & pahit, suka & duka yang telah aku lalui. Namun apa yang pasti ianya telah teruki dalam diari hidup aku. Tidak dapat hendak aku ceritakan semuanya disini, dan biarlah iya akn terbuku di sanubari aku sendiri. Sepanjang melewati hari - hari, kadang - kadang aku tidak dapat berpaksi pada titik yang betul @ benar. Aku terpaksa mencari celah susur jalan lain untuk aku meneruskan kehidupan ini, walaupun perit akan aku lalui jua. Teman...rakan...sepi...cinta...benci...rindu...kasih dan sayang...Itulah yang sentiasa mengiringi aku. Namun aku tetap tabahkan hati. Semakin aku jauh belayar, selama itulah aku akan belajar dari setiap langkah kecundang aku.

Terima kasih kepada kegagalan...
Terima kasih kepada keperitan...
Terima kasih kepada kekecewaan...
Terima kasih kedukaan...

Ada gagal, ada kemenangan. Ada perit, ada manisnya. Ada kecewa, ada ubatnya. Ada duka, ada citanya...Terima kasih juga aku ucapkan kepada setiap insan yang telah selama ini mengukir coretan dalam diari hidupku. Akan aku simpan sampai bila - bila. Sampai kapan pun tidak akan aku lupakan. Aku akan tetap tabah..Aku akan menjadi diri aku sendiri. Aku akan terus mengorak langkah ini demi sebuah RINDU, dan demi sebuah IMPIAN....Aku adalah Aku!!!

Tuesday, November 16, 2010

Impian..." we will cross the bridge when we come to it "

Impian aku selama ini untuk mendapatkan segulug Ijazah telah tercapai. Hasil penat lelah aku selama ini, aku berjaya juga mengharungi setiap liku - liku menuju kejayaan ini. Terasa terlalu banyak pengorbanan yang telah aku lakukan. Sebanarnya aku ni bukanlah boleh dikategorikan sebagai orang yang "pintar" dalam alam persekolahan. Sejak dari kecil sehingga sekolah menengah aku tidak ubah seperti budak - budak nakal yang lain. Tapi apa yang paling aku suka pada aku ini adalah tentang "disiplin diri". Ianya telah "memandu" aku ke arah "kejayaan dalam hidup".



" we will cross the bridge when we come to it "

" Inilah wajah - wajah di sebalik kejayaan aku "