Saturday, January 21, 2012

Al-Kisah Di Perpustakaan Negara, Jln Tun Razak, KL

Salam... Kali nie aku nak kongsi cerita mase kat Perpustakaan Negara, Jln Tun Razak, KL. Kisah ni berlaku Sabtu, minggu lepas. Aku memang geram betul..


Sabtu, 21hb Januari 2012, aku telah pergi ke situ bersama classmate aku Siti Umaiyah ( nama panggilan dia Maya ). Yela.. kira nak cari maklumat tuk buat assignment dan study la kat situ. Perghhh.. tempat memang best giler la. Selesa dan menyeronokkan. Kemudahan semua ada.. Individu boleh bawa laptop kedalam dan buat terus assignment kat situ terus tanpa perlu menyalin isi penting atas kertas. Kemudahan wifi pun ade. Pengudaraan yang bagus, fully airconded. Bahan - bahan rujukan semua ada. Pencarian yang mudah melalui sistem komputer. Memang puas hati lah. Bila dah dapat semua bahan rujukan yang dikehendaki, aku pun duduk kat satu meja yang aku fikir sesuai. Si Maya duduk depan aku. Masa tu aku kire rajin lah sikit, mencari nota untuk subjek Compensation & Benefits Management. Maya pula buat assignment untuk subjek Human Resources Management, "How to get a right candidates". Selepas sejam lebih duduk kat situ, kita diarahkan untuk pindah ke meja lain, sebab ada masalah teknikal kat area tu la. Jadi aku dan Maya pun beralih ke tempat baru.


Alamak... tempat tu pula ramai orang. tapi takpe la. Sebab itu kan tempat awam. Ala perpustakaan katakan. Dulu mase kita sekolah rendah pun dah tahu pun perpustakaan adalah tempat awam dan khas untuk pelajar membuat bahan rujukan dan belajar dalam keadaan yang senyap tanpa menganggu orang lain yang menggunakan kemudahan tersebut. Sedang aku leka dan Maya sibuk dengan kerja masing - masing, aduhhhhhhh bingitnye telinga aku. Aku beritahu Maya siapa kat belakang aku yang buat bising. Rupa - rupanya ada tiga orang awek yang sedang buat ulangkaji. Yang aku sakit hati tu, kenapa perpustakaan ni la yang diaorang pilih untuk buat ulangkaji. Orang lain pun buat ulangkaji juga, tapi dalam keadaan senyap. Kumpulan diaorang tu pulak asyik bercakap tanap mengira orang lain yang berada disitu. Aku mulalah benggang. Tapi tak pula aku tegur... ermmm!!! nasib baik la, aku dah nak siapkan kerja aku tu. Kalau aku duduk lama lagi kat situ, memang aku bangun dan bagi pengajaran sikit kat diaorang tu. Entah dari IPTA / IPTS mane tah diaorang tu. Tapi memang tidak berbudai bahasa dan budi pekerti. Bila aku tengok kat atas meja diaorang tu, ada pula tanda " kerjasama anda untuk berada dalam keadaan senyap adalah amat dihargai " ( ayat lebih kurang camtu la ). Memang diaorang ni tak tahu membaca kot.


Jadi apa yang aku ingin tekankan disini, semasa kita berada di tempat awam, hendaklah kita sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, dan hendaklah kita sentiasa menghormati orang lain yang berada bersama dengan kita disitu. Jangan jadi seperti awek tadi tu.. Harapkan muke jer cantik tapi tiada bermoral... Hampehhhh la!!!! Sekian....


Wednesday, January 18, 2012

Terima Kasih 2012..

Salam semua.. agaknya belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Datang Ke tahun Baru, 2012. Tahun ini aku anggapkan sebagai tahun yang mencabar bagi diri aku sendiri. Aku telah mengorak langkah aku sendiri dalam bidang pelajaran. Aku sendiri tidak menyangka bahawa inilah langkah yang aku ambil, walhal sejak dari kecil lagi aku memang mengimpikan untuk sampai ke tahap ini. tapi aku tahu setakat mana kemampuan aku, dan aku juga tahu bahawa aku bergerak secara perlahan... Tapi apa yang penting aku merasa puas dengan langkah yang aku ambil ini.


Tidak setakat itu, kawan baik aku sendiri, Palie juga telah berjaya diterima untuk melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (Dengan Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia. Itulah yang aku harap - harapkan, dan aku lihat Palie sangat seronok. Semoga dengan ini kita akan sama - sama bersaing dalam industri pendidikan ini sambil kita bekerja, Palie!!! Hehehee..


Rasanya cukup sampai disini sahaja coretan pembukaan bagi tahun 2012 ini. Syukur kepada Tuhan dan terima kasih 2012.. Peace!!!

Saturday, December 17, 2011

Usaha Sendiri ... Satu Azimat!!

Hari ini merupakan satu hari yang paling aku nanti - nantikan. Setelah sekian lama aku bekerja tanpa mengenal erti cuti @ offday, hari ini adalah harinya. Ahhhh bertapa bahagianya. Aku dapat meluangkan masa aku sendiri dengan aktiviti aku yang tak seberapa.




Seawal jam 7am aku telah bangkit dari katil. Dengan semangatnya aku terus mengemas sulusigat dorm @ bilik tidur aku sendiri. Selesai mengemas, aku terus mandi. Seperti yang dijanjikan, tepat jam 0745hrs, aku keluar dari rumah. Pagi ini aku telah berjanji dengan teman baik aku, Fadley @ Palie, untuk menemani dia menghadiri ujian kelayakkan kemasukan ke Program PLK Universiti Utara Malaysia peringkat Ijazah Sarjana. Rupa - rupanya dia dah sampai awal dan tunggu aku kat tempat parking kereta lagi. Emmm aku nampak dia bersemangat. Aku suka berkawan ngan Palie ni, sebab aku dapat rasa aku dan dia serasi. Lagipun dia ingin mengikut jejak langkah aku berjaya sampai ke menara gading. Aku memang sokong sangat semangat dia. Yela.. sebagai seorang teman aku patut memberikan galakan moral untuk dia. Lagipun tak rugi aku buat begitu. Aku sendiri mendoakan agar Palie dalam ujian tersebut dan akan terus menyambung penggajian beliau sehingga tamat.


Sebenarnya semangat Palie sekarang ini, merupakan semangat aku lebih kurang 5 tahun yang lepas. Aku sebenarnya memilih jalan untuk menyambung pelajaran aku, setelah aku kecewa dengan seorang gadis impian atas dasar darjat Menara Gading. Siapalah aku pada ketika itu. Kerja yang tidak seberapa, dan tidak memiliki segulung ijazah. Sedangkan sebelum itu kami sama - sama belajar semasa di Politeknik lagi. Setelah tamat pengajian, aku telah memilih jalan untuk berkerjaya, manakala dia untuk terus melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Yeaaaa... selama perkenalan itu, aku merasa bahagia. Tetapi bak kata pepatah " langit tidak selalu cerah ".. Setelah beberapa bulan si dia menamatkan pengajian, aku mula merasakan perhubungan kami semakin dingin. Namun apa yang aku ingat, kali terakhir sms yang si dia hantar " cukup sampai di sini sahaja hubungan kita. janganlah kau hubungi aku lagi ". Seribu persoalan yang timbul di benak fikiran aku. Namun semuanya tiada jawapan. Kecewa dan sedih mengiringi aku, sehinggalah aku membuka fikiran aku untuk melawan kesepian itu dengan menyambung pengajian aku. Dengan harapan untuk melupakan si dia. Tetapi aku tewas, semakin ingin cuba aku lupakan, semakin itulah perasaan itu menghantui aku. Dengan izin Tuhan, aku akhirnya dapat melupakan si dia dengan ditelan waktu. Pada pertengahan perjuangan aku, aku telah menerima panggilan dari si dia yang telah aku lupakan. Si dia bertanyakan khabar aku dan si dia telah mengetahui bahawa aku sedang menyambung pengajian aku. Apa sebenarnya yang terjadi hanyalah teka - teki bagi aku. Sejak dari hari itu, hinggalah sekarang si dia selalu menghubungi aku untuk bertanyakan khabar dan kekadang tu si dia ingin berjumpa dengan aku. Bila kecewa, perasaan benci itu mulalah beraja dihati. Tetapi aku tidak mampu melawannya. Biarlah perjalanan itu, Tuhan yang menentukannya. Akutidak menaruh harapan dan harapan itu tidak menanti aku.



Palie.. seorang teman sejati aku. Beliau banyak memberi aku galakan. Aku juga menasihati dia untuk terus belajar selagi mampu sehingga ke peringkat yang tinggi, demi mencapai cita - cita dalam kerjaya. Kerana aku dan Palie mempunyai satu impian yang sama.. Biarlah kita berpenat dan letih dalam mengejar impian itu, tetapi itu adalah atas daya usaha kita sendiri. Jatuh bangun kita sendiri yang menaggung dan melaluinya.

Aku berharap, suatu hari nanti segala penat lelah ini akan terbayar. dan aku juga berharap agar Palie juga berjaya dalam impian dia.


Salammmm....

Monday, December 12, 2011

Saje saje jer...

Salam semua... enta la arinie tak de idea tuk mencoret kat sulusigat nie. Tapi entry kali ini adalah untuk tatapan semua. Ini adalah sebahagian diantara koleksi Garfield saya. Ianya tidaklah besar, tapi sekadar untuk hiasan bersebelahan meja tido aku. ....




Sebenarnya banyak lagi koleksi Garfield aku seperti bantal, anak patung, selipar dan sebagainya.... Cuma satu je aku minat kat garfield nie, aku suka tang mata yang kuyu tu... heheheee...