Salam semua... emm kali nie saya ada masa jugak nak update Sulusigat ni. Bukan ape, dah ade modal nak diceritakan. Tapi kali ini pasal jalan - jalan melapangkan fikiran di Kuala Selangor. Seronok sesangat... Percutian ini adalah cuti - cuti Malaysia dan tidak memerlukan kos yang banyak. Ala kadar jer, tapi yang penting adalah suatu kepuasan. Secara ringkasanya, percutian ini pada 30 Julai 2011. Saya bersama 4 orang rakan yang lain; Wahab, Rosenita, Intan & Caze... Tempat yang dilawati; bendang sawah padi, Sekinchan; Taman Malawati; Taman Alam Kuala Selangor; Warung Mee Udang banir, Tanjung Karang; Kelip - Kelip Kpg Kuantan...