Saturday, December 17, 2011

Usaha Sendiri ... Satu Azimat!!

Hari ini merupakan satu hari yang paling aku nanti - nantikan. Setelah sekian lama aku bekerja tanpa mengenal erti cuti @ offday, hari ini adalah harinya. Ahhhh bertapa bahagianya. Aku dapat meluangkan masa aku sendiri dengan aktiviti aku yang tak seberapa.




Seawal jam 7am aku telah bangkit dari katil. Dengan semangatnya aku terus mengemas sulusigat dorm @ bilik tidur aku sendiri. Selesai mengemas, aku terus mandi. Seperti yang dijanjikan, tepat jam 0745hrs, aku keluar dari rumah. Pagi ini aku telah berjanji dengan teman baik aku, Fadley @ Palie, untuk menemani dia menghadiri ujian kelayakkan kemasukan ke Program PLK Universiti Utara Malaysia peringkat Ijazah Sarjana. Rupa - rupanya dia dah sampai awal dan tunggu aku kat tempat parking kereta lagi. Emmm aku nampak dia bersemangat. Aku suka berkawan ngan Palie ni, sebab aku dapat rasa aku dan dia serasi. Lagipun dia ingin mengikut jejak langkah aku berjaya sampai ke menara gading. Aku memang sokong sangat semangat dia. Yela.. sebagai seorang teman aku patut memberikan galakan moral untuk dia. Lagipun tak rugi aku buat begitu. Aku sendiri mendoakan agar Palie dalam ujian tersebut dan akan terus menyambung penggajian beliau sehingga tamat.


Sebenarnya semangat Palie sekarang ini, merupakan semangat aku lebih kurang 5 tahun yang lepas. Aku sebenarnya memilih jalan untuk menyambung pelajaran aku, setelah aku kecewa dengan seorang gadis impian atas dasar darjat Menara Gading. Siapalah aku pada ketika itu. Kerja yang tidak seberapa, dan tidak memiliki segulung ijazah. Sedangkan sebelum itu kami sama - sama belajar semasa di Politeknik lagi. Setelah tamat pengajian, aku telah memilih jalan untuk berkerjaya, manakala dia untuk terus melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Yeaaaa... selama perkenalan itu, aku merasa bahagia. Tetapi bak kata pepatah " langit tidak selalu cerah ".. Setelah beberapa bulan si dia menamatkan pengajian, aku mula merasakan perhubungan kami semakin dingin. Namun apa yang aku ingat, kali terakhir sms yang si dia hantar " cukup sampai di sini sahaja hubungan kita. janganlah kau hubungi aku lagi ". Seribu persoalan yang timbul di benak fikiran aku. Namun semuanya tiada jawapan. Kecewa dan sedih mengiringi aku, sehinggalah aku membuka fikiran aku untuk melawan kesepian itu dengan menyambung pengajian aku. Dengan harapan untuk melupakan si dia. Tetapi aku tewas, semakin ingin cuba aku lupakan, semakin itulah perasaan itu menghantui aku. Dengan izin Tuhan, aku akhirnya dapat melupakan si dia dengan ditelan waktu. Pada pertengahan perjuangan aku, aku telah menerima panggilan dari si dia yang telah aku lupakan. Si dia bertanyakan khabar aku dan si dia telah mengetahui bahawa aku sedang menyambung pengajian aku. Apa sebenarnya yang terjadi hanyalah teka - teki bagi aku. Sejak dari hari itu, hinggalah sekarang si dia selalu menghubungi aku untuk bertanyakan khabar dan kekadang tu si dia ingin berjumpa dengan aku. Bila kecewa, perasaan benci itu mulalah beraja dihati. Tetapi aku tidak mampu melawannya. Biarlah perjalanan itu, Tuhan yang menentukannya. Akutidak menaruh harapan dan harapan itu tidak menanti aku.



Palie.. seorang teman sejati aku. Beliau banyak memberi aku galakan. Aku juga menasihati dia untuk terus belajar selagi mampu sehingga ke peringkat yang tinggi, demi mencapai cita - cita dalam kerjaya. Kerana aku dan Palie mempunyai satu impian yang sama.. Biarlah kita berpenat dan letih dalam mengejar impian itu, tetapi itu adalah atas daya usaha kita sendiri. Jatuh bangun kita sendiri yang menaggung dan melaluinya.

Aku berharap, suatu hari nanti segala penat lelah ini akan terbayar. dan aku juga berharap agar Palie juga berjaya dalam impian dia.


Salammmm....

Monday, December 12, 2011

Saje saje jer...

Salam semua... enta la arinie tak de idea tuk mencoret kat sulusigat nie. Tapi entry kali ini adalah untuk tatapan semua. Ini adalah sebahagian diantara koleksi Garfield saya. Ianya tidaklah besar, tapi sekadar untuk hiasan bersebelahan meja tido aku. ....




Sebenarnya banyak lagi koleksi Garfield aku seperti bantal, anak patung, selipar dan sebagainya.... Cuma satu je aku minat kat garfield nie, aku suka tang mata yang kuyu tu... heheheee...



Tuesday, November 29, 2011

Batu Loncatan - Suatu Pengetahuan!!

Lama rasanya aku tidak menulis di blog ini. Hari ini aku telah terpanggil untuk menulis sesuatu, yang mana itu adalah pengalaman aku sendiri dalam dunia pekerjaan. Ini bukanlah suatu konflik dalam organisasi, tapi ini adalah konflik yang berlaku dalam diri aku sendiri.


Aku bukanlah seorang yang pandai @ cerdik dalam bidang pelajaran. Tapi aku rasakan bahawa aku adalah seorang yang ingin mencuba sesuatu yang mana akan membuahkan hasil untuk diri aku sendiri. Ye.. memang aku akui sehingga catatan ini ditulis aku adalah seorang siswazah yang telah memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (Dengan Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia. Selama 3 tahun setengah aku mengaji, aku telah banyak korbankan masa aku antara kerjaya dan pelajaran. Itu adalah usaha aku sendiri, kerana aku nekad untuk melanjutkan pelajaran setelah dapat mencari rezeki sendiri.


Berbalik kita pada tajuk asal, Batu Loncatan - Suatu Pengetahuan. Itu adalah istilah yang aku berikan kepada daya usaha aku sendiri. Ye.. setiap orang memang mengharapkan agar daya usaha masing - masing akan dapat digunakan untuk menjadi batu loncatan dalam mengejar kerjaya masing - masing. Tidak kiralah untuk mengejar pangkat, mengejar nama dan sebagainya. Aku sendiri akui, memang aku mengharapkan agar kelayakkan aku ini dapat aku gunakan sebagai batu loncatan dalam kerjaya aku. itu adalah rahsia aku sendiri. Tetapi apa yang hendak aku ceritakan disini adalah mengenai pengalaman aku semasa menghadiri temuduga untuk kenaikkan pangkat dalam organisasi.


Pada bulan Oktober 2010, aku telah menghadiri temuduga untuk kenaikkan pangkat KPSL (Kenaikkan Pangkat Secara Lantikan). Memang diketahui umum, pada masa itu KPSl adalah dipilih dari kalangan calon - calon yang mempunyai kelayakkan Ijazah atau Ijazah Sarjana Muda. Aku adalah salah seorang calonnya. Aku kecundang akhirnya. Tapi apa yang aku hendak nasihatkan disini, adalah penting untuk kita mengetahui apakah bidang yang kita pelajari semasa di Kolej atau Universiti kerana itu adalah bidang kita. Perkara itulah yang akan ditanya semasa ditemuduga. Selain daripada itu, kemahiran kita berkomunikasi juga akan dinilai. Tidak lupa juga akan pengetahuan am kita.


Pada bulan yang sama tahun 2011, saya sekali lagi telah menghadiri temuduga untuk kenaikkan pangkat. Jawatan ini boleh dianggap jawatan rendah tetapi ianya adalah lebih tinggi dari jawatan aku sekarang ini. Kelayakkan yang diperlukan adalah amat mudah, telah disahkan dalam jawatan, lulus kesemua Undang Undang Rendah Jabatan dan bebas dari tindakan tatatertib pasukan. Kelayakkan akademik tidaklah menjadi taruhan. Tetapi bagi mana - mana calon yang memiliki kelayakkan akademik yang tertinggi adalah dikira Batu Loncatan. Persiapan awal beberapa hari sebelum sessi temuduga itu, aku telah membuat pelbagai persiapan. Aku telah mengulangkaji Undang Undang (Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Polis & Perintah Tetap Ketua Polis Negara). Disamping itu juga aku telah cuba untuk menguasai beberapa amalan yang telah diterapkan dalam pasukan. Pengetahuan tentang perlaksaan tugas atau lebih kepada penugasan individu adalah menjadi keutamaan. Bila tiba hari yang dinanti, aku telah bersiap sedia. Terasa penuh ilmu di dada. Tapi apa yang memeranjatkan aku adalah, semasa aku berada bersama ketiga - tiga panel penemuduga, aku telah diberitahu bahawa "sebagai seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda, kamu hendaklah menjawab kesemua soalan mengikut kelayakkan kamu dan bukannya secara ringkasan". Aku memang faham maksud pengerusi tersebut, tetapi jika kita berfikir secara logiknya, jika aku yang mempunyai kelayakkan akademik melebihi had yang dikehendaki, kenapa perlu aku bersaing dengan rakan - rakan lain yang mempunyai taraf pendidikan yang lebih rendah daripada aku?? Kenapa tidak aku dan rakan yang mempunyai taraf pendidikan yang sama bersaing sesama sendiri dan mengenepikan mereka yang lain?? Tapi sebagai orang yang berfikiran positif, aku tidak boleh memandang dari sudut itu sahaja. Aku akur akan permintaan pengerusi tersebut. Aku telah diminta untuk memperkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris tentang diri aku, dan aku telah diajukan 10 soalan kesemuanya. 2 daripadanya adalah mengenai pengetahuan am iaitu Apakah yang Faham Mengenai Blue Ocean Strategy dan Huraikan, dan kedua Apakah Yang Anda Tahu Mengenai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Huraikan. Satu soalan adalah daripada bdang pengkhususan aku semasa di Universiti, Apakah Jenis - Jenis Perundangan Yang Diguna Pakai Dalam Mentadbir Sesebuah Negara??.. 7 soalan yang lain adalah berkaitan dengan tugas.


Setelah keluar dari dewan temuduga, barulah aku sedar bahawa kelayakkan akademik yang kita miliki bukanlah sekadar Sehelai Kertas Penganugerahan Ijazah semata - mata. Tetapi ianya adalah mencerminkan siapa diri anda sebenarnya di kalangan pekerja yang lain. Kita tidak perlu merasa bangga, malah sentiasalah bersikap merendah diri, kerana melalui kedua - dua pengalaman tersebut, aku boleh membuat kesimpulan bahawa kelayakkan akademik yang kita miliki akan membolahkan panel penemuduga mengenali kita sebagai seorang calon yang lain dari yang lain, tidak mengira pada kedudukan manakah jawatan itu berada.


Akhir sekali, aku berharap agar kepada rakan - rakan yang diluar sana, sama - samalah kita memajukan diri kita.... Salam!!!!!

Saturday, November 5, 2011

Latihan Menembak - Lapang Sasar IPD Bentong, Pahang

Pada 13 Oktober 2011 yang lepas, aku sekali lagi telah menghadiri Latihan Menembak M-16, HK MP-5 & Pistol Revolver .38. Latihan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran di dalam penggunaan dan pengendalian senjatapi di kalangan anggota / pegawai polis semasa menjalankan tugas di luar / operasi.









* sebelum memulakan acara menembak tu, sempat gak la possing *







Sunday, October 30, 2011

Hai...

Em pakaba semua?? Rase lame dah tak update blog Sulusigat nie. Entala.. sebab terlalu banyak kerja dan tanggungjawab yang kena dilaksanakan. tapi yang pentingnya aku tidak melupakan kawan baik aku ini.

Emmm bila cakap pasal kawan baik nie, aku pula mulai terfikir.. Adakah aku ini kawan baik kepada kawan - kawan aku, atau adakah aku mempunyai kawan baik?? Aku sendiri tidak boleh menjawabnya. tapi apa yang aku tahu, aku akan cuba menjadi yang terbaik untuk diriku. Terpulanglah kepada sesiapa yang hendak menilainya.

Mari kita renung - renungkan ayat nie " Walaupun aku tidak mampu untuk menjadi sebatang pensil untuk melakar dalam hidupmu, tapi aku hanya mampu menjadi pemadam (lembut) untuk memadam lakaran dalam hidupmu.. "

Sampai disini sahaja coret aku.. Sampai kita berjumpe lagi....

Monday, August 1, 2011

Jalan - Jalan @ Kuala Selangor...

Salam semua... emm kali nie saya ada masa jugak nak update Sulusigat ni. Bukan ape, dah ade modal nak diceritakan. Tapi kali ini pasal jalan - jalan melapangkan fikiran di Kuala Selangor. Seronok sesangat... Percutian ini adalah cuti - cuti Malaysia dan tidak memerlukan kos yang banyak. Ala kadar jer, tapi yang penting adalah suatu kepuasan. Secara ringkasanya, percutian ini pada 30 Julai 2011. Saya bersama 4 orang rakan yang lain; Wahab, Rosenita, Intan & Caze... Tempat yang dilawati; bendang sawah padi, Sekinchan; Taman Malawati; Taman Alam Kuala Selangor; Warung Mee Udang banir, Tanjung Karang; Kelip - Kelip Kpg Kuantan...





















Monday, July 18, 2011

7 Julai 2011..




Gambar ni diambil mase sya menyambut harijadi saya pada 7 Julai 2011... tahun nie sambut besa besa jer. Kat warung Mek belakang rumah jer. Namun begitu iya cukup bererti. Semoga cita - cita dan harapan akan tercapai. Salam....

Tah Pape Tah..

hye... selamat pagi. lame dah tak update blog Sulusigat ni. Hari nie pun tak tahu nak tulis ape. Idea tu ade, tapi sebenarnya malas nak berfikir. tah pape tah!!! Nak mencari suatu mase yang sesuai untuk mengarang nie. Hahahaa... almaklumlah lame dah meninggalkan zaman persekolahan!!! Dulu aku nie minat juga dalam subjek Bahasa Melayu ni. memang minat sangat...

emm... ok aku chow dulu!!! nak uat keje...

Thursday, June 30, 2011

Gawai 2011...









Hai.. lama dah tak update blog Sulusigat nie. Tapi sebenarnya tak ade apa pun yang nak diceritakan. Cuma nak upload gambar - gambar masa Gawai Dayak 2011 di Tr. Barang kampung Kara, Lachau, Sri Aman, Sarawak...

Thursday, May 12, 2011

Lama enda pulai...


Selamat ngalih ari nuju bala sebuat.. lama asai udah enda nulis dalam jako Iban. Maia artikel tok ditulis, aku agi dalam "office". Nadai pengawa..Laban udah tembu digaga. Nganti jam ke cukup ka pulai ke rumah sewa. Emm... maioh mua ari ba luar din. Seminggu - minggu tok ari angat, nadai ujan. Tang pama bisi puput ribut mimit.

Emm...sekali tok enda bejako pasal mua ari. Hujan enggau panas nya udah pemeri Petara. Mina kitai mensia ajak nemu ngerunding nama pengawa ti udah digaga kitai.

Pengelama aku gawa enggau perintah ba Kuala Lumpur tok, bepun ari taun 2004, sampai taun 2010 aku nadai kala pulai menoa enggau orang nyambut Hari Gawai ( Harvest Day ). Lelenggau gak asai enti ninga bala kaban belayan diri menyadi nusi pengawa maia rami. Ukai asai enggai pulai menoa, tang laban ke penanggul ba pengawa nya nadai bisi ati ka minta kemisi. Kemisi selalu diambi maia Hari Krismas. Maia nya meh aku selalu pulai menoa, alu begulai enggau apai indai, menyadi serta kaban belayan. Maia nya mega maioh utai tauka cerita dikungsi ngagai bala ke biak. Nusi cerita maia jeman agi besekula suba, jeman ti nadai "gadgets"... Semua ngena pengelandik untak mutar ke pengawa.

Taun tok, aku mutus ati deka pulai menoa nyambut Hari Gawai. Ka ngasai bakani asai pengerami ti udah lama ditinggal ke aku empu. Ba rantau baru nemu pengerami ba menoa diri manah agi ari pengerami orang bukai. Ngarap ke taun tok mega, maioh jereki maioh tuah maioh limpah ulih dikulih ke bala kitai. Ohhaaaa Selamat Nyambut Hari Gawai 2011, Gayu Guru Gerai Nyamai!!!!

Sunday, May 8, 2011

Hari Minggu Yang Tenang...

Hai..lama juga tak update blog Sulusigat n. Hehehe..jangan la marah. Lagipun ini adalah kisah tentang aku. Aku yang tidak sehebat penulis - penulis yang lain. Saje jer ni pun.

Em... Hari ini 8 Mei 2011!! Cuaca sungguh cerah kat luar tu. Aku plak, bangun lewat. Ala seperti biasanya (tapi jangan jadikan suatu kebiasaan) bangun lewat. Bila aku tengok hp, eh eh ada "missed call" dan "SMS" la plak. Godek godek godek... kui kui kui!!! Em nak uat ape erk hujung minggu cam ginie?? Baik aku duk uma jer. ALa lagipun inilah masanya aku nak rehat secukupnya. Semalam pun aku habiskan mase kat uma jer. Kemas bilik, bagi kucing aku mandi, cuci pakaian, main masak - masak..Hah syok juga tau. Opss....lupe la plak. hari ini Hari Ibu erk... Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu. Baru jer aku "call" ibu aku. Aku panggil ibu aku "MAK"... heheheee..ok la tu. Tapi aku tak leh nak sambut Hari Ibu. Ade la alasannye. Tapi aku doakan yang kesihatan yang baik dan hapuskanlah segala dosa untuk ibu aku..

Ahad 8 Mei 2011.. tengah layan HotFm nie. Lagu plak best. Yang terhangat... Lame gak aku tak layan radio ni. Kalau kat opis tu aku dengar la juga, tapi tak feeling. Sambil uat kerje. Tu pun bukan duduk kat kerusi dari pagi sampai petang. Tapi itu tak penting bagi aku. Yang penting asalkan tanggungjawab aku perlu aku laksanakan sepenuhnya. Betul tak???

Rasenya setakat ni jerla entry aku kali ni. Lain kali kita sambung lagi...bye bye!!!

Wednesday, March 16, 2011

Masalah Disiplin Diri...


Disiplin diri adalah penting dalam mengubah rancangan menjadi realiti. Malah disiplin diri merupakan fakta penting dalam mencapai kejayaan peribadi. Disiplin diri membantu kita menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang benar-benar penting dalam kehidupan kita. Disiplin diri adalah FOKUS seseorang kepada aktiviti-aktiviti penting SEHINGGA SELESAI tanpa mengalihkan perhatian kepada perkara lain.
________________________________________

Di bawah ini disenaraikan beberapa perkara yang boleh dijadikan sedikit panduan kepada anda dalam menangani masalah disiplin diri:

1. Tumpukan usaha anda kepada pencapaian matlamat-matlamat penting anda Laksanakan perkara yang utama dahulu dan ketepikan perkara yang remeh-temeh atau boleh diketepikan buat sementara waktu.

2. Tulis dan pamerkan matlamat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu di tempat-tempat yang mudah dilihat.

3. Amalkan perancangan harian. Tentukan tugasan yang hendak dilaksanakan dan prioritinya (kepentingannya).

4. Tentukan tarikh akhir yang realistik untuk menyiapkan tugasan yang tidak disukai atau sukar. Tarikh akhir akan menimbulkan rasa mendesak yang akhirnya akan menyebabkan tugas tersebut selesai juga akhirnya.

5. Mulakan dan usahakan sesuatu tugasan. Elakkan daripada terperangkapa oleh keinginan mencapai kesempurnaan sehinggan anda langsung tidak berusaha.

6. Cipta momentum dalam meneruskan sesuatu tugasan yang tidak disukai. Luangkan masa anda untuk menyelesaikannya atau kalau rasa tertekan, mulakan dengan kerja pada bahagian yang mudah.

7. Hitung kos perbuatan anda yang suka melengah-lengahkan sesuatu perkara. Apakah kerugian anda?


8. Pemantauan secara berterusan perlu anda lakukan terhadapa kerja-kerja yang dilakukan. Adakah kejayaan yang dicapai seperti yang diharapkan? Jika tidak, betulkan kesilapan anda.


9. Belajarlah untuk menghargai kerja sendiri dengan meraikan kejayaan dalam melaksanakan kerja anda walau sekecil mana sekalipun tugas tersebut.


10. Selalulah berazam pada diri sendiri " Aku mampu melakukannya".

Wednesday, March 9, 2011

Kegemaranku..

Hah...tadi kate letih. Tapi entahla. Dari pagi tadi hingga malam ni, aku dok "clean my laptop content" jer. Rase rajin la plak nak " cut, drag & save " semua gambar aku dalam laptop ni ke dalam thumbdrive. Dalam pada tu plak, aku terjumpe la satu video ni.


Kalau tak silap video ni telah dirakamkan oleh kawan aku dalam awal tahun 2010. Mase ni kerja betul betul tension. Mase tu la plak ada latihan menembak pistol semi-auto yang baru kat Lapang Sasar PGA, Cheras. Pistol Walther P99 & Bareta....memang syok giler beb. Video ni dirakam ketika aku sedang dalam latihan menembak ujian masa. Tapi yang seronoknyer, member aku yang perempuan, takut nak dengar bunyi tembakan. Sebab tu la nanti korang akn dengar bunyi tembakan 2 atau 3 das tembakan yang terakhir selepas orang lain berhenti menembak...


video



Inilah aktiviti kegemaran aku... Hah selain dari Karate @ Taekwondo, ni juga dapat memantapkan kemahiran seni mempertahankan diri aku tau...Ok chowwww....

Keletihan..

Salam sejahtera...terlebih dahulu maaf dipinta kerana lama sudah aku tidak "update" blog Sulusigat ini. Aku punya alasan tersendiri. Tapi aku tidak menolak jika inilah yang dikatakan sebagai "lumrah kehidupan". Adakalanya kita berada dalam keadaan tenang, dan adakalanya kita berada dalam keadaan yang rumit.

Ye...begitu juga aku. Sejak kebelakangan ini aku sentiasa sibuk dengan pekerjaanku. Suatu pekerjaan yang aku tidak memilihnya (pada mulanya), tapi aku tetap mensyukuri dengan apa yang aku ada sekarang. Aku terlalu pentingkan kerjaya aku pada masa sekarang. Kerana inilah yang memberikan aku suatu ketenangan dalam aku melalui kehidupan seharian aku. memang kadang kala aku berasa agak bosan dan jemu dengan rutin harian pekerjaan aku, tapi aku tidak boleh terus menyalahkannya. Aku kena berfikir positif kerana itulah yang mampu aku lakukan untuk aku terus bertapak di sini.

Bila kita bercakap akan hal "berfikiran positif" ini, satu hal yang ingin aku sentuh disini adalah "ucapan Terima Kasih kepada Tuhan, Ibubapa, sanak saudara serta kawan - kawan sekalian" yang telah sama - sama mendampingi aku selama aku berada disini.

Ketika nukilan ini ditulis, aku sedang melayari mp3. Hanya itu yang mampu aku lakukan untuk menghilangkan keletihan setelah penat seharian bekerja. Diharap kepada semua kawan - kawan agar sentiasa "mensyukuri" dan "berterima kasih" diatas segala kenikmatan yang telah diberikan kepada kita.....salam!!!!

Friday, February 11, 2011

Antara Kerjaya, Cita - Cita & Cinta...

Sehingga artikel ini ditulis, sedar tak sedar sudah 42 hari kita berada dalam tahun 2011. Dalam tempoh tersebut juga, telah banyak perkara yang aku lalui. Tidak aku nafikan, selama itulah aku bergelut dengan titik keringat aku sendiri. Selama itu jugalah aku masih tercari IDENTITI aku sendiri. Siapakah aku yang sebenarnya? Persoalan itu biarlah aku sendiri yang akan mengetahuinya. Entah sampai bilapun aku tak pasti. Tapi yang pasti, aku adalah aku.

Namun apa yang aku dapat rasakan pada diri aku ini, adalah suatu perubahan yang aku sendiri tidak sedar apakah perubahan itu. Tapi yang pasti adalah diantara kerjaya dan cita - cita aku. Aku akui bahawa aku ingin terus bangkit dari suatu titik KECUNDANG. Ya....KECUNDANG. Tapi aku yakin pada diri aku sendiri bahawa itu hanyalah suatu TAMPARAN dalam kamus hidup aku. Aku tahu bahawa perasaan itu memang menyakitkan. Sakit!!!!!! Dalam pengertian aku, SAKIT itu akan terubat bila aku berasa PENAT.

Aku punya kerjaya. kerjaya yang mana aku sendiri tidak terfikir untuk mendapatkannya. Tapi mungkin sudah tersurat perjalanan aku begini. Aku terima dengan hati yang terbuka. Tidak pernah aku sesalinya. Malah aku berasa beruntung kerana aku punya kerjaya ini. Dengan rezeki kerjaya inilah aku mula menapak dan nekad untuk memajukan diri aku. hanya satu cara sahaja, aku perlu maju selangkah dalam pelajaran aku sendiri. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Aku tidak pernah mengeluh dan aku tidak pernah menyesal dengan cara ini. Aku sendiri yang memilihnya, dan akhirnya aku sendiri yang merasa puas. Tapi aku juga punya cita - cita. Cita -cita yang pendamkan dalam sanubariku.

Antara Kerjaya dan Cita - Cita, aku tidak akan lupa pada CINTA. Cinta ini banyak pengertiannya. Tidak terungkap oleh kata - kata, dan tak terolah kiasan bahasanya.....cinta oh cinta!!! Biarlah rahsia....

Sunday, January 23, 2011

Halooo...Ada Aku Kesah??

Lama juga aku menyepikan diri dari dunia "Blogging" ni.. Entah, kenapa!! Tapi untuk kali ini aku hendak "upload" gambar - gambar aku bila mana aku tak tahu apa nak dibuat dan aku merasakan bahawa apa yang aku buat ini dapat menghilangkan kebuntuan dan tekanan dalam diri aku...







Inilah sebahagian dari hidup aku... Aku buat asal hati aku boleh tenang!! Ada aku kesah???...

Saturday, January 1, 2011

2010...Aku Adalah Aku!!!!

2010...terlalu banyak kenangan manis & pahit, suka & duka yang telah aku lalui. Namun apa yang pasti ianya telah teruki dalam diari hidup aku. Tidak dapat hendak aku ceritakan semuanya disini, dan biarlah iya akn terbuku di sanubari aku sendiri. Sepanjang melewati hari - hari, kadang - kadang aku tidak dapat berpaksi pada titik yang betul @ benar. Aku terpaksa mencari celah susur jalan lain untuk aku meneruskan kehidupan ini, walaupun perit akan aku lalui jua. Teman...rakan...sepi...cinta...benci...rindu...kasih dan sayang...Itulah yang sentiasa mengiringi aku. Namun aku tetap tabahkan hati. Semakin aku jauh belayar, selama itulah aku akan belajar dari setiap langkah kecundang aku.

Terima kasih kepada kegagalan...
Terima kasih kepada keperitan...
Terima kasih kepada kekecewaan...
Terima kasih kedukaan...

Ada gagal, ada kemenangan. Ada perit, ada manisnya. Ada kecewa, ada ubatnya. Ada duka, ada citanya...Terima kasih juga aku ucapkan kepada setiap insan yang telah selama ini mengukir coretan dalam diari hidupku. Akan aku simpan sampai bila - bila. Sampai kapan pun tidak akan aku lupakan. Aku akan tetap tabah..Aku akan menjadi diri aku sendiri. Aku akan terus mengorak langkah ini demi sebuah RINDU, dan demi sebuah IMPIAN....Aku adalah Aku!!!