Sunday, June 20, 2010

Hari Bapa & Hari Ibu...


Siapa diaorang ni?? Apa kaitan gambar ni dengan blog sulusigat? Mungkin ini adalah soalan yang mungkin ditanya kepada siapa yang menjadi pengikut blog ini. Tapi itu sebenarnya bukanlah rahsia sangat. Kedua - dua orang yang ada dalam gambar tersebut (berbaju merah) adalah kedua orang tua penulis blog ini.
Mesti juga ada yang betanya, "apa kene mengena gambar tu disiar dalam blog ni??" Aku akan jawab "ada aku kesah??"...Hahahaaa orang sibuk sebut pasal Hari Bapa pada hari ini. Aku sebenarnya tidak pernah menyambut Hari Ibu mahupun Hari Bapa sepanjang hidup aku bergelar anak..Pada pendapat aku, kenapa perlu diwujudkan Hari Ibu atau Hari Bapa?? Mana pulak Hari Anak, Hari Nenek, Hari Datuk, Hari Tidur, Hari Menyumpit, Hari Memburu, Hari Terjun Dari Tempat Tinggi, Hari Telefon??? Pening la nak mengingat masa, ketika, waktu dan hari semua Hari Hari ni. Baik pergi membeli belah kat Pasaraya Hari Hari...
Tapi aku tidak menyangkal kepada sesiapa yang hendak menyambut Hari Istimewa tersebut. Aku akan cuma mengingati hari yang bersejarah dan penuh bermkna seperti Hari Jadi (aku sendiri sudah tentulah), Hari Kemerdekaan (sudah tentunya berbeza diantara Tanah Semenanjung dengan Sabah & Sarawak) dan Hari lain yang membawa penuh pengertian dalam hidup aku sendiri.
Berbalik kepada tajuk penulisan pada kali ini, sebenarnya aku amat menghormati kedua - dua orang yang beraju merah seperti dalam gambar di atas. Merekalah yang telah melahirkan aku (serta adik beradik yang lain) ke dunia ini. Sejak dari kecil lagi, mereka telah bersusah payah mengajar, membesar, mendidik dan memberi pandu hala tuju kepada subuah kehidupan yang sebenar dalam dunia yang nyata ini. Sebab itulah aku tidak pernah menyambut Hari Ibu mahupun Hari Bapa kerana pengorbanan mereka memang sentiasa mengiringi aku dalam meniti kehidupan di dunia nyata ini setiap detik dan setiap waktu. Hari Ibu dan Hari Bapa bagi aku adalah setiap hari...
Bayangkan, aku sekarang berada di Tanah Malaya sedangkan kedua orang tua aku berada di Tanah Borneo..bermakna Hari Bapa @ Hari Ibu itu akan berlalu sepertu hari - hari yang biasa bagi aku. Melainkan jika aku bercuti balik ke kampung halaman (kebiasaannya pada hujung tahun aka Christmas Day), bermakna masa itulah aku akan berjumpa dengan mereka dan adik beradik aku yang lain. Pada masa itulah kami sekeluarga akan berkumpul bersama - sama (dengan sanak saudara yang lain). Pada hari tersebutlah Hari Ibu & Hari Bapa disambut bersama...
Walaubagaimanapun, itu hanyalah bagi pendapat aku sahaja. Ada aku kesah???

No comments: