Hari ini 24 Ogos 2010 aku telah menghadiri satu bengkel yang diberi nama Bengkel Integriti: Pembudayaan & Penghayatan oleh Yang Berbahagia Dr. A. Bakar Bin Sapron, Timbalan Pengerusi Institut Integriri Malaysia; anjuran bersama Unit Kaunseling (BAKA) Ibu Pejabat Daerah Cheras, KL & Unit Kaunseling (BAKA) Maktab PDRM Cheras, KL bertempat di Dewan Merak, Maktab PDRM Cheras, KL.
Seawal pukul 7.50am, dewan telah dipenuhi oleh semua peserta yang menghadiri bengkel tersebut. Rata - rata daripada Pegawai & Anggota PDRM dari Kontijen Kuala Lumpur. Dan kebanyakkan peserta bengkel tersebut adalah dari kalangan pegawai & anggota yang bukan beragama Islam. Tapi itu tidaklah menjadi isu sangat. Apa yang penting adalah berkenaan dengan tajuk bengkel itu: Integriti. Walaupun ada yang tidak suka dengan bengkel seperti ini, tapi bagi aku ianya adalah suatu "Pelajaran Percuma" yang telah diberikan. Emmm, dalam bengkel tersebut aku telah bertemu dengan kawan lama aku, Nickelaus Joseph. Seronok juga, kami duduk sama - sama......
Penceramah pertama iaitu Dr. A. Bakar B. Sapron telah memberikan ceramah mengenai "Integiriti Dalam Perkhidmatan Awam". Aku telah mendapat satu pelajaran dari ceramah tersebut dan akan aku sematkan dalam diri. Beliau telah menyatakan bahawa integiriti ialah suatu usaha untuk menjadikan seseorang individu itu sebagai sesuatu yang unggul ataupun mantap. Wow....bila kita bercakap pasal Unggul ini, pastinya kita akan berfikir tentang iklan Dunhill "Gaya Mutu Keunggulan". Tapi dalam benak fikiran aku, Unggul ini membawa pengertian "sesuatu yang berada di atas @ puncak, yang mana ianya tiada bandingan dengan yang lain". Apakah aku akan menjadi seperti itu? Tidak mustahil jikan aku mempunyai Integriti yang tinggi.
Pelbagai elemen yang telah diutarakan oleh Dr A Bakar Sapron. Kategori Intergiti, Tekad Integriti, Isu - isu Integiriti dan Elemen Yang Menjejaskan Integriti. Dalam modul Integriti Dalam Perkhidmatan Awam oleh Tuan Asmawi Tuan Umar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Pengukuhan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam - PIPA), integriti bermaksud "suatu kualiti dan ciri positif yang wujud secara keseluruhan pada individu dan organisasi. Ciri dan kualiti integriti mengandungi unsur 'wholeness' [yakni kewujudan secara berpadu sebagai keseluruhan] pada diri individu ataupun organisasi. Dalam akhlak Islam, integriti bersesuaian dengan sifat - sifat benar, amanah, setia, pegangan teguh, peribadi teguh, peribadi mulia, mu'minyang bertaqwa dan sebagainya, yang membawa pengertian menyeluruh pengamalan nilai - nilai akhlak yang diperlihatkan oleh Rasulullah S.A.W". Dalam Oxford Dictionary, integrity pula bermaksud quality of being honest and having strong moral principles, the state of being whle and undivided dan the condition of being unified or sound in construction. Y.A.Bh. Tun Dr. Mahatir, bekas Perdana MEnteri Malaysia mengatakan integriti berkait rapat dengan pembentukan dan pengukuhan etika yang baik. "Amanah" dalam pengurusan, umpanaya, adalah sebahagian daripada etika yang baik. Melalui pengertian maksud Integriti tersebut, maka suatu tahap keunggulan perlulah dicapai bersama oleh individu dan organisasi untuk mencapai matlamat dan sasaran organisasi.
Setelah selesai Dr A Bakar Sapron menyampaikan ceramah beliau, bengkel tersebut telah diambil alih oleh Ketua Unit Kaunseling (BAKA) Maktab PDRM Cheras, KL iaitu ASP Abdul Halim. Beliau tidak banyak menyentuh mengenai integiriti tersebut, tetapi pengajaran seterusnya adalah mengenai penerapan integrti dalam menjalankan perkhidmatan (Polis amnya). Gejala rasuah misalannya, telah sedikit sebanyak melunturkan pengukuhan integriti dalam diri individu.
Sepanjang dua setengah jam bengkel Integirit tersebut, aku telah faham sedkit sebanyak mengenai integriti. Setelah bengkel bersurai, aku telah berjumpa secara personal bersama ASP Abdul Halim untuk bertanya sedikit "tips" untuk menghadapi "temuduga kenaikan pangkatan dalam perkhidmatan", dan beliau telah memberi sedikit sebanyak panduan iaitu 1. sentiasa peka dan faham akan kehendak tugas, 2. memahami secara keseluruhan tugas yang telah dipertanggungjawabkan, 3. sentiasa mempunyai penglibatan di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan dalam organisasi, 4. memahami nilai - nilai integiri, hak mempertahankan diri (dalam penggunaan senjata api), Community Policing /High Profile Policing, dan yang terakhir 5. sentiasa yakin pada kebolehan diri sendiri....
Terima kasih aku ucapkan kepada individu yang telah bertanggungjawab untuk menghantar aku menghadiri bengkel tersebut. Akan aku terapkan "pelajaran" itu sebagai suatu tanggungjawab dalam melaksanakan tugas........
No comments:
Post a Comment