1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk
perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan
beberapa nilai-nilai penting yang seharusnyamenjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini,
sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi
menjaminkestabilan,
ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dannegara Malaysia.
Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang
akan membantumemastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam
sanubari
rakyatPengertian ini adalah
berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara majusepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini
akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu. Perpaduan yang
digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti
kaum-kaum etnik dilenyapkan dandiganti
dengan satu identiti nasional yang sama.
Sebaliknya
1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan
menganggapnya sebagai
satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan
rakyat berbilang kaum, di manasesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain
seadanya agar dapat kita hidup bersamadalam
keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Menjadi
asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa
nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akandipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira
taraf kemajuan kaum-kaum yang beradapada
tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan
yang memerlukannya, akantetap dilaksanakan. 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara.
Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan
ini dimulakan dengan membentuk sikappenerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh.
Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara
akan berjalan dengan lebih lancar.•
Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu
mencapaistatus Negara Maju menjelang
tahun 2020.• 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama
dalam hala tuju negara menujukecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan
menyemarakkansemula semangat perpaduan dan persaudaraan di
kalangan rakyat Malaysia.• Untuk
mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan inidimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara
kaum, yang membawa kepadaperpaduan yang
utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan
lebih lancar.
No comments:
Post a Comment