Monday, February 2, 2015

Berjaya Itu Pahit..

Jalan untuk berjaya itu pasti ada. Cuma kita perlu berkorban sahaja. Kita perlu menyatakan pada diri sendiri, nak atau tak nak. 


Gambar ini aku ambil secara senyap ketika aku tengah duduk minum lewat malam bersama housemate aku. Aku tidak kenal siapa budak ni, tapi yang pasti pada andaian aku budak itu adalah pemilik stall burger ataupun hanya bekerja di stall tersebut. Aku secara tidam sengaja duduk mengahadap dia. Namun setelah aku perhatikan, budak tersebut tidak hanya duduk disitu sambil menunggu pelanggan datang untuk membeli bergernya. Dia memegang sebatang pen, senaskah nota kertas A4 & sebatang pen warna. Sambil mendengar lagu, aku perhatikan yang budak mentelaah sesuatu. Dan pada andaian aku, budak ini merupakan seorang siswazah. 

Bila terlihat akan prilaku budak itu, aku teringat pada suatu masa dahulu aku juga merupakan seorang siswazah. Namun, ketika aku menyambung pengajian aku di Politeknik Kuching, aku tidak berpeluang merasa apa yang budak itu rasa. Kerana pada masa itu aku hanyalah seorang siswazah sepenuh masa. Apa yang aku tahu, hanyalah membuat assignment, membuat ulangkaji, latihan tubi & mentelaah tanpa perlu aku korbankan masa itu untuk membuat sebarang kerja sambilan.

Namun dengan segulung diploma yang telah aku genggam pada ketika itu, aku mampu untuk bersaing dalam sektor pekerjaan. Pada saat itu, aku telah berjanji dengan diri aku sendiri untuk menyambung pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi dengan harapan untuk memperbaiki kedudukan serta jawatan yang aku sandabg pada ketika itu. Ya, aku telah diterima untuk menyambung pelajaran aku secara separuh masa di Kampus Kota sebuah Universiti tempatan di KL. Saat itulah aku mulai sedar bertapa aku perlu melakukan suatu pengorbanan yang besar dalam hidup aku. Aku perlu korbankan masa untuk tidak bersama kawan - kawan, korbankan masa untuk tidak melakukan sebarang aktiviti sosial, korbankan masa untuk tidak bercuti, dan aku juga perlu korbankan masa untuk tidak beriadah serta korbankan perbelanjaan untuk membayar yuran penggajian. Banyak yang telah aku pelajari, sehinggalah aku menamatkan penggajian dengan sempurna. Dan kini aku bangga dengan diri aku sendiri atas kejayaan tersebut.

Sebenarnya, untuk berjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi banyak pengorbanan yang harus kita lakukan demi kejayaan itu. Dari situ  barulah kita akan sedar, bahawa nilai sesuatu kejayaan itu tidak terbeli dengan wang ringgit. 

-sonnet-

No comments: