Wednesday, March 16, 2011
Masalah Disiplin Diri...
Disiplin diri adalah penting dalam mengubah rancangan menjadi realiti. Malah disiplin diri merupakan fakta penting dalam mencapai kejayaan peribadi. Disiplin diri membantu kita menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang benar-benar penting dalam kehidupan kita. Disiplin diri adalah FOKUS seseorang kepada aktiviti-aktiviti penting SEHINGGA SELESAI tanpa mengalihkan perhatian kepada perkara lain.
________________________________________
Di bawah ini disenaraikan beberapa perkara yang boleh dijadikan sedikit panduan kepada anda dalam menangani masalah disiplin diri:
1. Tumpukan usaha anda kepada pencapaian matlamat-matlamat penting anda Laksanakan perkara yang utama dahulu dan ketepikan perkara yang remeh-temeh atau boleh diketepikan buat sementara waktu.
2. Tulis dan pamerkan matlamat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu di tempat-tempat yang mudah dilihat.
3. Amalkan perancangan harian. Tentukan tugasan yang hendak dilaksanakan dan prioritinya (kepentingannya).
4. Tentukan tarikh akhir yang realistik untuk menyiapkan tugasan yang tidak disukai atau sukar. Tarikh akhir akan menimbulkan rasa mendesak yang akhirnya akan menyebabkan tugas tersebut selesai juga akhirnya.
5. Mulakan dan usahakan sesuatu tugasan. Elakkan daripada terperangkapa oleh keinginan mencapai kesempurnaan sehinggan anda langsung tidak berusaha.
6. Cipta momentum dalam meneruskan sesuatu tugasan yang tidak disukai. Luangkan masa anda untuk menyelesaikannya atau kalau rasa tertekan, mulakan dengan kerja pada bahagian yang mudah.
7. Hitung kos perbuatan anda yang suka melengah-lengahkan sesuatu perkara. Apakah kerugian anda?
8. Pemantauan secara berterusan perlu anda lakukan terhadapa kerja-kerja yang dilakukan. Adakah kejayaan yang dicapai seperti yang diharapkan? Jika tidak, betulkan kesilapan anda.
9. Belajarlah untuk menghargai kerja sendiri dengan meraikan kejayaan dalam melaksanakan kerja anda walau sekecil mana sekalipun tugas tersebut.
10. Selalulah berazam pada diri sendiri " Aku mampu melakukannya".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Mun focus everday pandai bosan koh!!! Huhuhuhu
ya la kan...
Post a Comment