Salam sejahtera...terlebih dahulu maaf dipinta kerana lama sudah aku tidak "update" blog Sulusigat ini. Aku punya alasan tersendiri. Tapi aku tidak menolak jika inilah yang dikatakan sebagai "lumrah kehidupan". Adakalanya kita berada dalam keadaan tenang, dan adakalanya kita berada dalam keadaan yang rumit.
Ye...begitu juga aku. Sejak kebelakangan ini aku sentiasa sibuk dengan pekerjaanku. Suatu pekerjaan yang aku tidak memilihnya (pada mulanya), tapi aku tetap mensyukuri dengan apa yang aku ada sekarang. Aku terlalu pentingkan kerjaya aku pada masa sekarang. Kerana inilah yang memberikan aku suatu ketenangan dalam aku melalui kehidupan seharian aku. memang kadang kala aku berasa agak bosan dan jemu dengan rutin harian pekerjaan aku, tapi aku tidak boleh terus menyalahkannya. Aku kena berfikir positif kerana itulah yang mampu aku lakukan untuk aku terus bertapak di sini.
Bila kita bercakap akan hal "berfikiran positif" ini, satu hal yang ingin aku sentuh disini adalah "ucapan Terima Kasih kepada Tuhan, Ibubapa, sanak saudara serta kawan - kawan sekalian" yang telah sama - sama mendampingi aku selama aku berada disini.
Ketika nukilan ini ditulis, aku sedang melayari mp3. Hanya itu yang mampu aku lakukan untuk menghilangkan keletihan setelah penat seharian bekerja. Diharap kepada semua kawan - kawan agar sentiasa "mensyukuri" dan "berterima kasih" diatas segala kenikmatan yang telah diberikan kepada kita.....salam!!!!

No comments:
Post a Comment